Manusia selalu berada di dalam kerugian, KECUALI yang kerjakan amal soleh dan amar ma'ruf wa nahi munkar. Inilah yang dikatakan LAPANG sebelum SEMPIT.."Amal SOLEH" jangan diskopkan sempit..nampak memegang tasbih, berteleku di sejadah, bertadarrus Quran. Jika kita seorang suami/isteri, laksanakan tugas seorang suami/isteri, jika kita seorang bapa/ibu, tunaikanlah tanggungjawab kepada anak-anakmu. Jika kita seorang anak, tunaikanlah tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapamu. Jika 5@6 x seminggu masa dipenuhi dengan belajar/bekerja..waktu cuti atau waktu lapanglah peluang dan ruang untuk kita kerjakan 'Amal Soleh' ini. Sesungguhnya setiap amal/perbuatan dilakukan kerana ALLAH swt adalah ibadah.
Kesibukan di celah KelapanganBiasanya kita mencari ruang kelapangan..Ada ke antara kita ingin mencari ruang kesibukan?
"Life is not time to rest...but Dead is the real time to rest"...simple quota

tion yang menjadi motivasi agar terus 'menyibukkan' diri di dunia untuk 'kelapangan' di akhirat. Jika kita yang sudah/baru/akan diberi pendedahan dan sudah merasakan 'taklifan' di bahu untuk kerja-kerja dakwah...pasti sudah terbiasa dengan kesibukan ini..Kadang2 terasa terlalu penat,exhausted dengan kesibukan ini..Tapi percayalah..bila kita diberi kelapangan nanti, kita akan merasakan terlalu rindukan 'kesibukan' itu...Sebagai yang mengaku seorang 'daie'.,yang berintima' dengan jemaah..kita perlu fikirkan 'out of the box'...jika orang awam fikirkan ingin mencari 'LAPANG'...tetapi kita perlu fikirkan untuk mencari 'SIBUK' dan seimbangkan 'LAPANG', antara 'AMAL SOLEH' dan 'AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR'.
Hidup BerkelanaErti sibuk di celah lapang mengena kehidupan saya sendiri. Entah mengapa, bila tibanya wekend, fikiran akan mencari idea untuk ke mana2 atau lakukan sesuatu. Sabtu belajar separuh hari, jika tiada program ahad..saya akan pergi habiskan masa bertemu sahabat,adik2...ziarah sahabat yang baru menimang anak, ke rumah kakak atau ziarah adik di kampus juga melakukan kerja2 teknikal yang tertangguh. Urusan perlu diuruskan di rumah awal, setlekan sebelum 'terbang' ke mana2. Jika ada program...sebelum/selepas program,bila di rumah wak

tu inilah nak uruskan hal-hal berkaitan rumah,kereta dan membaca!! Bak kata orang ....Masih bujang bolehlah kan..Kalau dah hidup berdua,bertiga,berempat...mesti dah tak terkejar..hehe. Lain pulak caranya..kena amal prinsip 'Menyelam sambil minum air'...Tapi tak salah, walau masih bujang..cubalah praktik sedikit2 buat kerja rumah seolah telah berumahtangga..nanti taklah culture shock..betul kan..Semua perlu agak tanggungjawab di rumah tak tercicir, tanggungjawab di luar tak terabai dan tanggungjawab di tempat kerja dilakukan dengan sempurna. InsyaAllah kehidupan selepas ini akan bertambah sibuk, selepas selesai pengajian Quran di Usim, saya akan menyambung pengajian Master di UKM separuh masa (setiap wekend)...Untuk kerja2 nisa,muslimat jika tak dapat hadir pada tempat program, saya akan bantu kerja2 sblm program,usrah nisa' dan juga adik2 teen circle. Kerja macam biasa, sebagai guru,pengurus,kaunselor...semua terangkum semua. Novel seterusnya?? Aini..bila kita nak mula ni..sit up sama2..Moga Allah istiqamahkan hati dan diri pada jalan ini..Amin. Biar sedikit tapi berhasil..jangan jadi yang dikejar tak dapat..yang dikencong keciciran. Moga kita menjadi insan yang sentiasa bersabar dan bersyukur.
Lazimi Istighfar dan Bersyukur
Drpd Ibn Abbas r.a. berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda : 'Sesiapa yang kerap beristighfar,maka Allah swt akan
menjadikan baginya setiap kesempitan ada jalan keluar,dan dalam setiap kesedihan ada pelepasannya dan dianugerahkan baginya rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.' (HR Abu Daud) Hadis riwayat Aisyah ra, ia berkata: “Jika Rasulullah saw. melaksanakan solat, beliau berdiri (sangat lama) sampai kedua kaki (telapak) beliau pecah-pecah. Aisyah ra. bertanya:
Wahai Rasulullah, kenapa engkau berbuat seperti ini padahal dosamu yang terdahulu dan yang akan datang telah diampuni? Lalu beliau
menjawab: Wahai Aisyah, apakah aku tidak ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur” (HR Muslim)
Dua hadith ini buatku muhasabah lama. Ya Allah terima kasih atas segala nikmat,ujian dan rezekiMU..Jadikanlah kami hamba2 yang sentiasa bersyukur. Tiadalah yang lebih hebat dalam bersyukur,tiada yang boleh menandingi kekasihMu Muhammad s.a.w.