Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Friday, December 28, 2007

::Bersama Muhasabah Solat Kita::


Golongan 1:Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu naksembahyang, mereka telah jatuh kafir.Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2:Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tiada.Ilmu tentang sembahyang tiada.Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3:Orang yang mengerjakan sembahyang,bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang,tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak.Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta,berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4:Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakan iaitu disebabkan tak faham apa yang diabaca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada duniadan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang inilalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5:Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, fahamsetiap bacaan sembahyang, fatihahnya,doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu.Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6:Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya,sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiapkalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah(ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa).Golongan ini terserah kepadaAllah.Yang sedar dan khusyuk itu mudahmudahan diterima oleh Allah, mana yanglalai itu moga moga Allah ampunkandosanya, namun tiada pahala nilaisembahyang itu. Ertinya sembahyangnyatiada memberi kesan apa apa.Allahbelum lagi cinta orang ini.

Golongan 7:Golongan yang mengerjakansembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.Walaupun ia memiliki harta dunia,menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapatmemuja Allah didalam sembahyangnya.Golongan ini disebut orang-orangsoleh / golongan abrar / ashabulyamin.

Golongan 8:Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya,tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya.Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golonganMukkarrabin (Yang hampir denganAllah )

Golongan 9:Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi.Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyangpunca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.Sembahyang telah menjadi penyejukhatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang SaidinaAli ketika panah terpacak dibetisnya.Untuk mencabutnya, ia lakukansembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut.Mereka telah mabuk dengan sembahyang.Makin banyak sembahyang makin lazat,sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak dihiraukan. Hatinya hanya pada Tuhannya.Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita ditahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah,melahirkan disiplin hidup, melahirkanakhlak yang agung ialah golongan 7, 8dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ?Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang.Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepadakita di akhirat nanti ialah solat kita.Untuk muhasabah diri dan bersama.Allahuta'ala 'alam.

'Ya Allah bantulah kami dalam sujud menyembahMu,golongkanlah kami dalam golongan yang KAU pilih dan redhai'

Wednesday, December 26, 2007

Buat Umat Islam di Malaysia



Dari Wakil Hamas

Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekalian,

menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.Mengapa ini semua? ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU.

Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami.

Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia.
Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.

Wahai umat Islam di Malaysia.
Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.

Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekalian,Kami akan terus berjuang.

Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia,Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif.

Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga ingin melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekalian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid.

Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Wednesday, December 05, 2007

Isu Hindraf:Pergolakan Mengelirukan

Akhir-akhir ini kerajaan dikejutkan dengan isu tunjuk perasaan,perhimpunan haram Hindraf(Hindu Rights Action Force) yang heboh di serata dunia.Isu ini mendapat liputan meluas di muka-muka hadapan akhbar utama luar negara yang menyentuh soal Malaysia ingin melakukan penghapusan kaum,pembersihan etnik minoriti di Malaysia.Surat-surat pembaca di akhar tempatan menyatakan ketidakpuasan hati atas tindakan Hindraf yang bertindak memfitnah kerajaan dan ingin menggulingkan kerajaan Malaysia.Pergolakan dan tindakan hindraf ini semakin mengelirukan apabila pihak kerajaan dan juga BA(barisan alternatif) saling membuat pernyataan hidden agenda di sebalik tindakan Hindraf ini.Apakah hakikat sebenar tindakan hindraf ini?Saya turut tidak pasti.

Apa Kata Mereka?

Pihak kerajaan Malaysia

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Dakwaan Hindu Rights Action Force (Hindraf) mengenai pembersihan etnik minoriti oleh kerajaan Malaysia kini digembar-gemburkan di India melalui rangkaian antarabangsa yang didorong parti pembangkang

“Saya dapati, ia didorong politik berkait dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini kami pasti kerana sudah nampak campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menyifatkan pendirian bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong campur tangan kerajaan India dalam isu perhimpunan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai perbuatan menjual maruah negara.

Ketua Penerangannya, Datuk Azimi Daim berkata, tindakan itu menggambarkan sikap sebenar seorang bekas pemimpin Melayu yang terdesak.

‘‘Dia (Anwar) kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk mendapatkan sokongan puak pelampau.

‘‘Perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah jauh terpesong. Matlamat parti itu yang dicanang sebelum ini untuk membela rakyat jelas palsu belaka,” kata Azimi ketika dihubungi di sini.

Parti Keadilan Rakyat : Kerajaan Main Sentimen Perkauman
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin

“Tindakan Timbalan Perdana Menteri yang mengecam Hindraf dengan cemuhan berunsur perkauman adalah sesuatu yang amat biadap, dalam keadaan masalah kerencaman masyarakat India di Malaysia pada masa kini bukan satu keadaan yang boleh dimanipulasi dengan sentimen perkauman.

“Sebaliknya ia berbalik kepada konsep keadilan sosial dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional’” ujar beliau mengulas respon Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lepas mengenai isu Hindraf ini

Beliau berpendapat sewajarnya Kerajaan Barisan Nasional memberikan penumpuan untuk memperbetulkan keadaan kestabilan masyarakat Malaysia, bukan mengekang rakyat untuk berhimpun dan melaksanakan hak demokratik mereka.

“Isunya bukan masalah kaum India semata-mata, isunya adalah penindasan berterusan ke atas rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Dan terbukti jelas, selepas 50 tahun merdeka, BN meneruskan tradisi gagal membela rakyat.


Parti Islam Semalaysia(PAS)
(Oleh Ustaz Iskandar ialah Yang Dipertua PAS Pandan)

Berdasarkan beberapa ceramah-ceramah Hindraf sebelum ini sama ada di Pulau Pinang, Banting atau Johor Baharu yang boleh ditonton di dalam laman 'YouTube', suasana panas pada perhimpunan Ahad lepas adalah sesuatu yang sudah dijangkakan.

Pada pendapat saya perhimpunan itu mungkin akan memberi dua impak yang besar kepada rakyat terutamanya orang Melayu iaitu :

1. Memori perhimpunan aman Bersih mungkin akan telah terpadam kerana rakyat sekarang telah dihantui oleh babak baling-membaling dan lempar-melempar penyokong-penyokong Hindraf.
2. Orang Melayu mungkin akan merasa terancam dengan apa yang dilihat sebagai kebangkitan Hindu dan seperti biasa Umno akan melompat ke dalam gelanggang menyanyikan lagu lama, "Marilah kita bersatu di dalam Umno."

Di saat dan ketika saham UMNO jatuh menjunam setelah rakyat berjaya mencabar pantang Pak Lah dengan megadakan perhimpunan lebih 100,000, kehadiran Hindraf seolah-olah satu rahmat kepada mereka. Adakah ia satu kebetulan?

Saya tidak berkata bahawa Hindraf ini didalangi oleh Umno tetapi infiltrasi dan provokasi sudah sekian lama menjadi taktik mereka.

Siapa yang sebenarnya membaling batu pada 25 November lepas?
Siapa yang melempar kayu?
Siapa yang memecahkan tingkap?
Siapa yang melaungkan slogan-slogan perkauman?

(Oleh Subky Abdul Latif)

PAS tidak perlu menjawab cabaran Ketua Pemuda Umno Dato' Seri Hishamuddin Hussein tentang pendirian PAS terhadap tuntutan tunjuk perasaan Hindraf di Kuala Lumpur 25 November lalu.

Tetapi Pemuda Umno sendiri mesti menjelaskan pendiriannya terhadap arahan Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Badawi kepada MIC untuk membuat kejadian terhadap tuntutan dan perjuangan Hindraf. Apa erti jawapan Perdana Menteri kepada Datuk Samy Vellu apabila beliau didatangi oleh pemimpin MIC atas isu tunjuk perasaan dan tuntutan Hindraf itu?

Apabila Perdana Menteri mengarahkan Datuk Samy Vellu membuat kajian atas apa yang dikatakan tidak puas hati penyokong Hindraf, maka ia bererti Perdana Menteri dan kerajaan tidak pasti layanan adil dan saksana diberi kepada semua kaum di negara ini khususnya terhadap masyarakat India selama ini.

Reaksi pemimpin Melayu BN khususnya menteri-menteri Umno seperti Ketua Pemuda Umno terhadap apa yang dibangkitkan oleh Hindraf bahwa Hindraf melampau, tidak mengambarkan keadaan sebenar di Malaysia; tidak tepat dengan apa yang telah diberi oleh kerajaan, tidak seperti dengan amalan dan pendirian BN.

Jika apa yang telah diberikan oleh kerajaan BN itu benar dan hakikat, maka ia wajar dipertahankan. Jelaskan apa yang sebenarnya. Kalau penjelasan dari pemimpin Melayu yang beragama lain dari anutan penyokong Hindraf tidak mungkin memuaskan hati pendengar, maka BN penuh parti yang mewakili masyarakat India dan Hindu.


Apakah kesudahannya?

Tampak isu hindraf ini terlalu banyak yang tersembunyi.Pelbagai pendapat dan pandangan hakikat tercetusnya perjuangan hindraf ini.Respon kaum Melayu khususnya menampakkan sentimen perkauman mula timbul.Dan seperti kata Prof.Emeritus Dato' Abu Bakar Hamid,pensyarah Jab.Media Universiti Malaya menyatakan Melayu mengundi kerana sentimen,Cina mengundi secara strategik.Adakah itu kebenaran?..Sentimen perkauman bukanlah diajar dalam Islam,Assobiyah hanya memecahbelahkan.Perkauman perlu untuk pertahankan sesebuah bangsa,tetapi bukanlah melangkaui agama dan membelakangkan Islam.

Bilakah kesudahannya dan apakah kesudahannya itu pastinya akan terjawab.Siapakah yang akan menang dan siapakah yang akan kalah.Manakah yang akan menang,samada yang batil atau yang benar..jawapannya akan terserlah.Wallahu'alam.

Lihat Demonstrasi Hindraf:

Hakikat Politik Itu Kotor





'Politik kotor',istilah yang biasa kita dengar pada warga umum Malaysia.Politik menampakkan sebagai satu medium yang kotor dalam menguasai tampuk pemerintahan.Ramai yang tidak memahami hakikat politik dalam Islam,samada yang menghindari politik mahupun yang ekstrimis terhadap politik,memperjuangkan politik kepartian.Menjelang pilihanraya pastinya timbul masalah dari sudut pendaftaran sebagai pengundi.Tiada kepentingan yang dilihat oleh rakyat Malaysia yang biasa dan tidak ketinggalan bagi mereka yang memahami Islam.Ramai yang bersama Islam dalam usaha da'wah,tapi bukan dalam politik.Benar,tidak semua akan berkecimpung dalam politik tetapi apabila peranan kita sebagai rakyat negara dalam politik tidak difahami,inilah yang membawa permasalahan kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.Kita perlu jelas politik dalam Islam.Politik bukanlah kotor,tapi kitalah yang mengotorkannya tanpa batasan syara' dan akhlak islamiyyah yang sebenar.

Politik Itu Kesempurnaan Islam

Politik Islam lahir dari aspirasi Al-Quran dan Hadith.Politik Islam lahir daripada penghayatan seseorang itu terhadap Islam berhubung dengan ketatanegaraan kerana Islam dan politik tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan.Dalam Islam,politik adalan urusan pemerintahan negara yang mana ianya merupakan sebahagian daripada urusan kehidupan dunia sahaja.Ini adalah bermakna dalam Islam,politik bukanlah sumber dalam segala kehidupan tetapi Islam lah sumber segala kehidupan.

Sejarah telah mencatatkan bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang terdiri daripada khulafa' Al-Rasyidin telah bertugas sebagai Ketua Agama dan Ketua Negara secara serentak.Politik dan Islam adalah seiringan.Ini menunjukkan aqidah dan syari'ah menentukan dasar politik dan kedudukannya dalam Islam untuk diikuti oleh semua umat Islam.Islam telah mengajar kita tentang cara-cara menguruskan pengadilan(kehakiman),ketenteraan,pemerintahan dan semua yang berkaitan pengurusan.Semua tugasan berkaitan pengurusan adalah merupakan tugasan politik.

Cegah Kemungkaran Agenda Utama

Di dalam gagasan politik Islam,terdapat amar ma’ruf nahi munkar (menyeru kepada kabaikan mencegah kemungkaran).Oleh out di samping membuat kebajikan kepada rakyat , kemungkaran yang dilakukan oleh rakyat juga wajib dicegah oleh pemerintah Islam.

‘Dan hendaklah ada sebahagian daripada kamu satu ummah(satu golongan) yang menyeru manusia kea rah kebaikan dan menghalang dari melakukan kejahatan, maka mereka itulah yang orang yang mendapat kemenangan.’ (al-‘imran :104)

Amar ma’ruf dan nahi munkar telah menjadi dasar utama dalam falsafah politik Islam.Dalam al-Quran banyak disebutkan tentang kewajipan ‘amar ma’ruf nahi munkar.Dua konsep yang wajib ditegakkan oleh umat Islam secara serentak dan tidak boleh dibuat berasingan.Kewajipan menjalankan hukum Islam adalah suruhan Allah yang tegas dan tidak boleh dielakkan oleh sesiapapun.Oleh itu kerajaan berkewajipan mengamalkan 2 konsep ini sepanjang kekuasaan mereka.

Justeru,untuk menegakkan 2 konsep ini perlu ada kuasa,perlu ada satu pemerintahan.Oleh itu wajiblah umat Islam mewujudkan pemerintahan cara Islam.Pemerintahan Islam diwujudkan atas tujuan untuk menjalankan kewajipan syara’ dan melaksananakan hukum-hukum Allah.Seandainya tiada maka semua umat Islam akan menanggung dosa kerana tidak melaksanakan kewajipan fardhu kifayah.Tugas ini diamanahkan Allah kepada orang Islam terutamanya golongan pemerintah.Amanah ini diberikan bersama-sama dengan amanah agama secara keseluruhannya.

‘Dan hendaklah kamu menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu’
(al-Ma’idah :49)

Islam meletakkan di atas bahu setiap muslim kewajipan yang dinamakan amar ma’ruf nahi munkar yang turut disebut sebagai memberi nasihat kepada pemimpin umat Islam dan golongan awam.Sesungguhnya agama itu adalah nasihat (HR Muslim).Perhatian seorang muslim terhadap urusan umum umatnya adalah apa yang dinamakan pada masa ini adalah sebagai politik.


Akhlak Islamiyyah Cerminan Politik Islam

Keperibadian seorang muslim sebagaimana yang telah dibentuk dalam Islam dan diciptakan oleh akidah,syari’ah,ibadah dan tarbiyahnya membentuk dirinya menjadi seorang ahli politik.Kecualilah sekiranya kita memahami Islam secara silap ataupun tidak betul melaksanakannya.

Kerana kepincangan dalam akhlak, agenda politik yang dibawa nampak kotor dan ramai yang membencinya.Sikap sesetengah individu muslim yang memberikan masalah ini yang dikesalkan.Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Matlamat utama Islam untuk menguasai tampuk pemerintahan bagi tegakkan hukum Allah sukar digapai kerana akhlak muslim itu sendiri.

Akhlak politik Islam boleh dibentuk melalui tarbiyyah Islam assiyasi.Dalam menghadapi musuh Islam,Islam mewajibkan para aktivitis politik mengikuti gari panduan ditetapkan syara’ bukannya bermusuh secara melulu berdasarkan akal dan nafsu liar.Tapi ramai yang menglanggarinya tanpa sedar atau sebaliknya.Menghadapai musuh menurut kehendak nafsu lawwamah adalah sebahagian daripada ajaran secular.Ajaran secular ini sebenarnya telah mempengaruhi tindakan aktivis politik Islam tanpa disedari.Ini adalah kerana bimbingan politk Islam (Tarbiyyah Islam As-siyasiyyah) tidak diajar secara khusus di kalangan umat Islam.

Kerana itu wujudlah pelbagai masalah akhlak dalam politik,fitnah memfitnah,tuduh menuduh dan bertindak melulu.Cukup dikesalkan.Ayat alQuran dalam surah alNahl:125 mengajar kita agar sentiasa bersopan di dalam setiap perdebatan itu wajiblah dipatuhi secara mutlak.Islam melarang berbohong,memfitnah,Islam melarang kita menaruh sangka tanpa usul periksa sesama Islam dan menghukum kesalahan sesuka hati kita dengan cara yang tidak syar’i.Dengan itu di dalam politik juga perbuatan-perbuatan itu dilarang oleh Islam.

Ikutilah Qudwah Rasulullah s.a.w

Apabila al-Quran menegaskan ‘Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh yang baik untuk diikuti oleh semua’.Maka tindakan Baginda pada hari penaklukan Makkah terhadap musuh-musuhnya perlu bahkan wajib dicontohi oleh semua aktivis politik Islam.

Oleh itu para aktivis politik Islam dan juga seluruh mujahid Islam hendaklah sentiasa berjiwa besar,tidak suka membalas dendam dan mahu memberi kemaafan kepada musuh selepas dikalahkan.Sebagai umat Islam,rakyat Malaysia yang mendokong dan menyokong perjuangan Islam haruslah memelihara akhlak Islamiyyah,ikuti qudwah Nabi Muhammmad s.a.w dan para sahabat.

Tunjukkan dan jadilah qudwah yang baik pula untuk semua umat Islam di Malaysia,warga umum bagi mengubah persepsi mereka bahawa politik itu kotor.Sedangkan kitalah yang mengotorinya.Islam tidak akan menang tanpa kesempurnaan fardhi,akidah dan akhlak dari akar umbi.Kitalah punca kekalahan,akhlak dan tarbiyyah itulah kelemahan.Wallahu’alam.

rujukan : Fiqh Daulah (Dr.Yusuf alQardhawi)
Siasah Syar'iyyah Satu Muqaddimah (Hasa Ibn Rifi)