Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)
Thursday, November 26, 2009
Sunday, November 08, 2009
::Mencari Pertengahan Dasar Keilmuan::
Akhir2 ini, kecoh isu Dr.Asri ditangkap oleh JAIS atas tuduhan berceramah tanpa tauliah di sebuah rumah.Saya agak terkejut bila melihat siaran berita itu.Isu ini terus berlarutan dengan tuduhan Dr.Asri memalsukan sijil BA beliau di Jordan.Diasak pula dengan memorandum dari PPSM(Persatuan Peguam Syarie Malaysia) juga JAKIM membantah pelantikan Dr.Asri di YADIM . Saya agak terpempan.Benar saya kurang mengenali siapa Dr.Asri.Saya kurang mendengar ceramah2 beliau.Siaran Bahtera Penyelamat di astro oasis yang saya sekali-sekala ikuti,saya akui ketinggian ilmu dan kupasan beliau yg cukup ilmiah bagi sesuatu topik,sesuai dengan statusnya kini.Tapi tidak kurang juga,seingat di awal saya mengenal erti perjuangan ini,saya sering didengarkan dengan isu Asrisme,Dr.Asri wahabbi dan sebagainya di mana ketika itu beliau banyak membawa isu2 bidaah.Apabila kontroversi Dr.Asri kembali timbul,saya tidak tahu mana kebenarannya.Ada di kalangan sahabat cukup mengagumi Dr.Asri,ada di kalangan sahabat cukup anti Dr.Asri.Saya cuba berada di pertengahan kerana saya belum temui sebarang jawapan yang saya kira saya lebih cenderung pandangan yang wasatiah dan pertengahan.Namun entah di mana titiknya, antara saya dan beliau ada sesuatu yang lebih daripada kenalan.
Teringat saya ketika pulang bercuti ke Malaysia pada suatu ketika, saya berkunjung ke Taman Melewar sebagai pemerhati Muktamar. Seorang super senior menyampuk saya, “hah, Hasrizal, anta orang Asri kan? Dengar khabar dia sekarang ini sudah masuk UMNO. Apa cerita?”
Muka saya merah padam.
Tetapi sentuhan Bumi Syam sudah banyak meredakan baran saya yang banyak mengundang susah. Saya menggigit lidah dan membalas ringkas, “kalau mahu tahu tentang Ustaz Asri, tanyalah yang empunya diri. Ana tidak tahu menahu!”
Adakalanya kami jadi letih dengan asakan-asakan yang ditujukan kepadanya kerana sebahagiannya lebih bersifat ’sengaja mencari penyakit’.
Selepas pulang ke Malaysia tamat mastautin di bumi Ireland, saya ada dikunjungi oleh Ustaz Asri yang datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Seminar Usul Fiqh yang diadakan di Bangi. Beliau hadir bersama Ustaz Arief Salleh iaitu teman serumah saya semasa kami mengaji di Jordan dahulu.
Ustaz Arief sudah menjadi Pensyarah di UTM Skudai..
Manakala Ustaz Asri baru selesai menamatkan pengajian peringkat PhD beliau di UIAM dan berkhidmat sebagai pensyarah di USM Pulau Pinang.
Kami berbual tentang perkembangan semasa. Turut terselit adalah isu tentang kepimpinan PAS yang dilihat lemah pasca kekalahan teruk di dalam Pilihanraya Umum ke-11 tidak lama sebelumnya. Saya menegaskan bahawa PAS itu ada hampir sejuta ahli dan jika kita nampak kelemahan mereka, kita mesti menjadi sebahagian penyelesaiannya.
“Takpa la. Ana doakan anta!” kata Ustaz Asri dengan nada berseloroh.
“Takkan doa aje. Buatlah apa yang patut!” saya menambah.
Kami tidak bersembang berat kerana ia lebih kepada pertemuan untuk menjalin kembali silaturahmi yang terputus selepas lama mastautin saya di Eropah
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
6:17 PM
0
comments
Labels: Selusuri Fikrah, Tazkirah
Langkah Tercipta
Langkah Tercipta
Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.
Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.
Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.
Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.
Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
8:27 AM
0
comments
Labels: Bingkisan Qalbi, Tinta Kehidupan
Friday, November 06, 2009
::Novel Ubaidah (part 4)
“Jangan panik, Farwah. Kita adalah pusat terakhir mereka akan serang. Sorokkan Ubaidah ke tempat yang selamat dan tinggalkan notis di sisinya. Jangan lupa, letakkan sekali hasil kajian dan manual rekacipta i-Dcom kita. Mereka mahukan ciptaan kita ini,” Professor Zanqi bertindak tenang, tangannya menekan punat papan kekunci komputer. Mesej pesanan terakhir di hantar kepada saudaranya di lain kota.
“Tapi, bagaimana dengan Ubaidah jika mereka memusnahkan rumah dan pusat kajian kita?”
“Mereka tidak akan musnahkan tempat ini.Pusat kajian dan hasil kajian kita adalah buruan mereka. Mereka tidak akan bertindak bodoh dengan memusnahkannya. Cepat, Farwah! Walau apa-apapun, hanya tinggal kita berdua. Pergi ke pusat kawalan, lihat pergerakan musuh.Abang akan berhadapan dengan mereka,” Prof. Zanqi bersiap sedia.
“Pang!!!” tempat mereka telah diceroboh. Belum sempat Prof. Zanqi bertindak, tembakan bertubi-tubi mengena tepat ke tubuhnya. Prof. Zanqi tersungkur rebah dengan banjiran darah pekat membasahi lantai.
Prof. Farwah di pusat kawalan berpeluh-peluh. i-Dcom yang digunakan memancarkan segala kejadian yang berlaku di kota mereka. Signal kehadiran musuh semakin menghampiri menyala-nyala di i-Dcom. Lantas Prof. Farwah mencapai senjata, bersedia. i-Dcom digenggaman ditutup. Debaran di hati bertambah kuat.
“Zuuuuuuuupppp!!!” tiba-tiba sebutir peluru menembusi kepala Prof. Farwah. Pandangannya gelap.
‘Musnahkan i-Dcom. Jangan biarkan mereka memilikinya!’ pesanan suaminya terngiang-ngiang. Picu senjata ditekan dalam keadaan lemah berkali-kali, memusnahkan i-Dcom di hadapan mata tentera Cassemen. Dia terkulai, menghembuskan nafas terakhir.
................................................................................................................................................
”Abi!!!,” peluh membasahi rambut dan ruang muka Ubaidah. Tragedi pembunuhan itu menganggu tidur Ubaidah. ’Siapakah mereka itu?’. ’Kenapa mereka dibunuh?’
Sudah 3 kali mimpi buruk itu menganggu Ubaidah. Sejak dia berusia 5 tahun. Kali ini, tragedi itu nampak lebih jelas. Dan dia boleh melihat seorang bayi diselamatkan, ditempatkan di ruangan khas.
”Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat dengan jelas usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar dan juga Sudan. Jika dilihat secara sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang berlainan. Orang-orang Serbia di Bosnia, pejuang Hindu di Kashmir, orang-orang Rusia di Caucasus, dan rejim-rejim penindas yang menentang umat Islam di negara-negara seperti Algeria, Mesir, dan Maghribi. Namun, kuasa-kuasa anti-Islam ini, yang kelihatan tiada perkaitan dengan yang lain, kesemuanya bertindak dengan logik yang sama, strategi yang serupa, dan menggunakan modus operandi yang sama. Faktor asasnya ialah mereka semua anti agama.”
”Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu dan melihat agama-agama ketuhanan - terutamanya Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai musuh paling berbahaya kepada sistem sekular mereka dan seterusnya mengisytiharkan perang keganasan terhadap agama dan mereka yang beriman, sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis. Inilah sebabnya mengapa musuh sebenar Islam bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi adalah pegangan tidak beragama yang menyelubungi dunia ini. Dasar peperangan menentang Islam tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah bermula sejak sekian lama.”
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
5:36 PM
0
comments
Labels: Novel Ubaidah
::Novel Ubaidah (part 3)
Dahi Syautath berkerut.” Apa yang kau melalut ini, Ubaidah?”
”Aku bukan mengarutlah. Inilah disebalik kehidupan kau sebagai hafiz, kau tahu?”
” Aku tidak tahulah. Lagipun cikgu Safiyyae belum ajar lagi. Jomlah balik. Nanti umi aku marah balik lambat,” Syautath beristighfar dengan nguapannya.
” Teruklah kau ni, Syauth. Siang-siang macam ini pun mengantuk.”
” Aku lapar sebenarnya. Kau cerita pada aku lain kali ye,” Syautath tersengih menampakkan kaviti.
” Owh, kau tidak puasa ya hari ini. Okaylah, jom balik.”
” Syhh, jangan bising. Nanti walid marah. Aku gastrik pagi tadi,” pesan Syautath yang nakal. Teman sepermainan Ubaidah. Dua anak itu berjalan pulang ke rumah daripada perpustakaan sekolah.
” Ubaidah, kau ini sejak kita kawan, selalu cakap benda pelik-peliklah. Susah aku hendak faham,” Syautath mengomel, mendakap mushaf di dadanya.
” Apa kata kau sambung cerita kau tadi. Tidaklah kita buang masa sambil jalan macam ini,” sambung Syautath lagi.
” Bukan peliklah, Syauth. Itu kan ilmu. Baiklah, aku sambung ya. Gelombang itu ada kaitan dengan alquran yang kita baca, hafal tahu. Itu penjelasan yang disebut secara saintifik,” Ubaidah pintar, banyak membaca bacaan melangkaui usianya.
” Saintifik?” Syautath menggaru kepalanya. Kopiahnya senget.
” Gelombang melintang pula gelombang yang menyebabkan zarah-zarah medium bergetar berserenjang dengan arah gerakan gelombang. Pengkaji fizik mengatakan setiap jisim itu ada gelombangnya yang tersendiri, iaitu zarah dan getarannya tersendiri. Ha, begitulah dengan bacaan Al-quran. Kita kan diajar tajwid, tarannum, ada getarannya. Membaca Al-Qur'an bertasbih dan berzikir, dan dalam pembacaan itu berlaku keseimbangan yang harmoni antara gelombang dari pembacaan itu dengan gelombang yang ada pada sel-sel lain yang ada didalam badan kita, termasuklah gelombang otak dan gelombang dari denyutan jantung.”
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
5:29 PM
0
comments
Labels: Novel Ubaidah
Wednesday, November 04, 2009
::Novel Ubaidah(Part 2)::
Baru kini difahami Sheikh Waqid maksud disebalik nombor 2:132 yang tertera pada kiriman faks Allahyarham Zanqi dahulu. Amanah kepadanya untuk memelihara dan mendidik Ubaidah dalam suasana Islam, menjadi muslim sejati. Kota Caisser, adalah jajahan sekular. Kota Caisser, tempat asal Zanqi, berusaha mencetuskan revolusi membawa kembali Islam,menyatukan saintis islam. Kota Caisser, walaupun dikuasai pemerintah Islam, tetapi dinaungi oleh kuasa Yahudi dan sekularisme menjadi pegangan.
Kini Ubaidah selamat bersamanya di sebuah kawasan terpencil, kawasan penduduk Islam yang masih berpegang teguh dengan akidah yang tulen, jauh dari Kota Caisser ibu kota negara Ashyf yang juga tanahair Sheikh Waqid, ulama’-ulama’ dan muslim setempat di kawasan terpencil, Sohara.
’Sheikh, Zanqi telah berpesan kepadaku, pada usia Ubaidah 11 tahun, Ubaidah perlu dihantar kepadaku,’ Sheikh Waqid menarik nafas dalam mendengar kata-kata Adam Nelson, abang kandung Zanqi yang berpegang kepada Talmut.
Barylien, negara Sir.Jeneral Adam Nelson yang tidak pernah berhenti untuk memerangi Islam. Yahudi yang tidak lagi mempercayai tuhan, atheism menjadi pegangan, materialisme dan kapitalisme didewakan. Yahudi membelakang tuhan berkurun-kurun lalu, membunuh nabi-nabi dek kerana kesombongan dan keangkuhan. Dan kehebatan sains teknologi dilaungkan adalah milik mereka, kehebatan mereka. Sungguh bongkak, sedangkan hakikatnya sains milik Islam. Kebenaran itu mereka sedari, kerana itulah saintis Islam yang tulen digeruni lebih-lebih dengan usaha Prof. Zanqi Aftah dan isterinya, Prof. Nihlah Farwah sejak bertahun-tahun yang lalu untuk memperkasakan kesatuan saintis Islam, ISS (Islamic Sciencetist Solidarity). Apatah lagi jaringan itu cuba diperluaskan dengan kerjasama kesatuan ulama’ sedunia. Pastinya Yahudi tidak akan berdiam diri. Tiada yang lebih menyelesakan mereka, melainkan hanya dengan bayaran darah dan nyawa.
Berat rasa di hati untuk dia melepaskan Ubaidah ke negara Yahudi itu suatu hari nanti. Mahu atau tidak, adiknya Farwah dan Zanqi semestinya telah menyediakan yang terbaik untuk Ubaidah, pewaris meneruskan usaha mereka yang telah dimusnahkan oleh tentera junta Barylien. Adam Nelson, bekas pegawai atasan Barylien adalah pilihan terbaik untuk melindungi keselamatan Ubaidah daripada buruan dan kecaman mereka.
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
4:08 PM
0
comments
Labels: Novel Ubaidah
::Novel Ubaidah (Part 1)::
Nota penulis : Novel ini terhenti sekian lamanya,tiada kesempatan,ruang dan idea untuk memeras otak,mencari rujukan dan menulis.Awalnya adalah utk dihantar dalam peraduan novel fiksyen DBP dan utusan bersama 2 lagi sahabat..tapi terhenti hanya di sini...Dipaparkan untuk bacaan umum..masih tergantung jalan ceritanya..Entah bila akan tersambung...
Puas Sheikh Waqid berfikir tentang kandungan faks yang dikirim oleh adik iparnya sebulan yang lalu. 3 angka yang tertera itu benar-benar membuatkan dia gelisah. Berhari-hari dia cuba menghubungi Zanqi, namun gagal. Hari ini dia bercadang hendak ke Kota Caisser melawat Farwah dan adik iparnya, Zanqi. Hatinya benar-benar runsing dan gelisah.
2:152 :’Maka ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat kepadamu dan berterima kasihlah kepadaKu dan janganlah kamu menyangkal (nikmatku).’
Spasme (pembuluh darah) Sheikh Waqid bagaikan menyempit, serasa adrenalin makin luncur dirembeskan, penyempitan trombosit mendadak membuatkan jantungnya hampir terhenti, bebola matanya terpacul sinar,ligamen tegang… Kediaman adiknya,Farwah dan Zanqi tinggal abu dan debu!!
Otot kardium mengecut pantas, jantungnya berdegup kencang, namun dia cuba menenangkan hatinya dengan istighfar tidak lekang dilafazkan. Sheikh Waqid terus melangkah ke pusat makmal Zanqi, derapannya dilajukan. Sekeliling seolah-olah memerhatikan tingkahnya yang tampak mencurigakan barangkali. Ditambahkan pula dengan imejnya menampakkan seorang muslim.
‘Argh..pedulikan. Barat sentiasa pesimis terhadap Islam,’bentaknya sendiri. Dia terus melangkah tanpa mempeduli. ’Adakah masyarakat barat peduli tentang masalah sekeliling dan sensitiviti agama? Individualistik semakin berbekam dalam setiap hati. Pasti tidak dipeduli,’ Sheikh Waqid berkira-kira lagi. Serebrumnya tidak henti-henti berputar, berfikir tanpa penat.
Iris sistem simpati berubah ke tahap maksimum, anak matanya yang kecil itu hilang sepetnya. Ternyata sesuatu yang buruk telah menimpa Prof.Zanqi dan Prof.Farwah! Dan Ubaidah? Binaan makmal yang kukuh itu hampir musnah. Kedudukannya yang terpencil memungkinkan tiada siapa menyedari tragedi ini.
’Abang, Zanqi nak abang ingat pesan Zanqi ini. Apa-apa hal yang terjadi, abang cari dan selamatkan Ubaidah di tempat ini,’ jemari Zanqi pantas melakarkan gambarajah di atas kertas putih.
’Abang simpan kertas ini baik-baik. Abanglah satu-satunya harapan Zanqi.’
Sheikh menyeluk poket bajunya. Kosong! Dia mencari lagi, kertas itu ternyata hilang. Amanat daripada Zanqi beberapa bulan yang lalu telah hilang. Matanya rapat ditutupkan, membayangkan semula lakaran tempat Ubaidah disorokkan. Dia pasti, Ubaidah masih ada di situ.
Gegaran mobilnya sedikit menyentakkannya. ’Assalamualaikum Alfadhil Sheikh Waqid alFaruqi. Takziah atas pemergian Prof. Zanqi Aftah dan Prof. Nihlah Farwah. Alhamdulillah kami sudah selamat menyempurnakan pengebumian jenazah semalam.’
Hairan terbit, semalam? Tarikh mesej dihantar diperiksa, sudah 3 hari yang lepas. Mesej itu baru diterimanya. Masalah talian semasa dia dalam perjalanan, mungkin.
’Alhamdulillah. Sahabat-sahabat Zanqi telah menguruskan segalanya.’
’Abi Aqid, Ubaidah sudah dapat hafal juz 2!’ Terpaan Ubaidah dengan tiba-tiba mengejutkan Sheikh Waqid dari lamunan kisah lampau. 5 tahun telah berlalu. Ubaidah semakin membesar, kepintarannya semakin terserlah. Jiwanya bersih tanpa sebarang kotoran. Ubaidah, anak yang cukup istimewa dan berbeza.
Layaran silam itu lenyap dari pandangan. Matanya menatap wajah kecil Ubaidah yang dalam keriangan mendatanginya.
’Alhamdulillah, anak abi ini memang pintar. Terang hati, cepat hafal,’ Ubaidah bertenggek di riba lebarnya.
’Sudah, sekarang ini Ubaidah pergi bersihkan diri, tukar baju bersih. Ikut abi ke kuliah. Lepas zohor nanti abi ada kuliah umum.’
’Baik abi. Nanti bila Ubaidah besar, Ubaidah pun hendak jadi macam abi. Ubaidah pergi dulu ye,’ Ubaidah turun dari ribaannya.
’Anak abi nanti akan jadi lebih hebat daripada abi,’ Sheikh Waqid mengusap kepala kecil Ubaidah. Ubaidah sekadar mengangguk. Entah memahami atau tidak.
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
3:59 PM
0
comments
Labels: Novel Ubaidah
:: Kerana Rotan ::
Drama kerana rotan
Pernah saya ikuti cerita tayangan astro oasis, Kerana Rotan.Mengisahkan seorang bapa yang mengawal ketat anak lelaki nya yang masih di peringkat awal remaja. Itu adalah rentetan kisah hidupnya, yang nakal dan suka mencuri sejak dari kecil.Cikgu yang mengajarnya mengaji terlalu garang, dan dia disebat sehingga luka dan berdarah2 kedua tangannya kerana mencuri..Kerana rotan cikgunya, dia menjadi seorang usahawan yang berjaya.....Kerana rotan itu jugak, si bapa menganggap dengan cara itu, dia mampu mendisiplinkan anaknya,mendidik anaknya menjadi seorang yang berguna...tapi sayangnya, anaknya semakin liar,kaki pukul menjadi ketua pelajar2 nakal dan gangster di sekolah..walau di kuarantin di rumah, kegiatan memukul,mencederakan orang tetap diteruskan..APA BEZA ROTAN DAHULU DAN SEKARANG?
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
3:06 PM
0
comments
Labels: Diari Mua'llim
Friday, October 30, 2009
::Ketabahan Kak Dijah Limpahan Nur 'Khadijah'
Beberapa kali Nur Fatimah kekejangan di kereta dan juga di wad kanak-kanak walaupun telah dimasukkan ubat anti sawan. Setelah otak discan dan diambil air tulang belakangnya di wad kanak-kanak, dalam pukul 1pagi Jumaat, saya melihat wajah Nur Fatimah dan ketika itu tiba-tiba matanya terbuka dan kemudian tertutup, seolah-olah malaikat telah menjemputnya pergi, kemudian alat pengukur kandungan oksigen menunjukkan penurunan mendadak oksigen dalam badan namun kemudiannya normal. Setelah nurse pergi, saya melihat kembali wajah Nur Fatimah, namun terkejut melihat tiada tanda-tanda pernafasan di badannya dan melihat mulutnya seperti menyedut udara. Saya panggil doktor dan doktor sudah ‘standby’ dengan ‘alat renjat’, namun tidak digunakan kerana setelah mengepam bantuan pernafasan, jantung Nur Fatimah kembali berdenyut. Setelah dimasukkan ke ICU, di luar ICU, suami mengangkat tangan berdoa dan saya mengaminkan dengan sedu sedan menangis..
“ Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk Nur Fatimah dunia dan akhiratnya, sekiranya hidup itu lebih baik baginya, Engkau sembuhkanlah Ya Allah, sekiranya kematian itu lebih baik baginya, maka Engkau bantulah kami untuk sabar dan redha” antara doa yang diingati.“
Itu yang terbaik pada Nur Fatimah, abang masih lagi ada Khadijah” kata-kata abang bagai menyimbah air di hati. Benar, apa yang berlaku, itulah yang terbaik untuk Nur Fatimah, dunia dan akhiratnya. Syukur pada Allah yang mencampakkan rasa ketenangan dan redha dalam hati sepanjang hari itu. Hati rasa puas dapat menjaga Nur Fatimah, dapat membaca Al-Quran bersamanya dan dapat mengalirkan susu di dalam badannya walaupun melalui tiub. Ketika mengambilkan wudhu’ ke badan Nur Fatimah selepas memandikannya, membasuh tangan Nur Fatimah sambil berkata dalam hati,” Nur Fatimah, nanti pegang tangan mama baba kuat-kuat ye sayang dalam syurga, tolong mama baba dapat sama-sama di syurga.” Ketika membasuhkan kakinya, ” Nur Fatimah, tunggulah mama baba sama-sama di syurga ya!”
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
4:39 PM
0
comments
Labels: Tinta Kehidupan
Tuesday, October 13, 2009
-Dirisik..Ditaqdim..Menganggu ketenangan-
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
4:50 PM
1 comments
Labels: Bingkisan Qalbi, Tinta Kehidupan
Wednesday, October 07, 2009
Izinkan aku bercuti dari dakwah ini
Pernah pula suatu waktu seorang kawan bercerita tentang seorang ikhwan yang terdzalimi oleh saudara-saudaranya sesama aktifis dakwah. Sebuah kisah nyata yang tak pantas untuk terulang namun penuh hikmah untuk diceritakan agar menjadi pelajaran bagi kita. Ceritanya, di akhir masa kuliahnya sebut saja si X (ikhwan yang terdzalimi) hanya mampu menyelesaikan studinya dalam waktu yang terlalu lama, enam tahun. Sedangkan di lain sisi, teman-temannya sesama (yang katanya) aktifis dakwah lulus dalam waktu empat tahun. Singkat cerita, ketika si X ditanya mengapa ia hanya mampu lulus dalam waktu enam tahun sedangkan teman-temannya lulus dalam waktu empat tahun? Apa yang ia jawab? Ia menjawab "Aku lulus dalam waktu enam tahun karena aku harus bolos kuliah untuk mengerjakan tugas-tugas dakwah yang seharusnya dikerjakan oleh saudara-saudaraku yang lulus dalam waktu empat tahun." Subhanallah… di satu sisi kita merasa bangga dengan si X, dengan militansinya yang tinggi beliau rela untuk bolos dan mengulang mata kuliah demi terlaksananya roda dakwah agar terus berputar dengan mengakumulasikan tugas-tugas dakwah yang seharusnya dikerjakan teman-temannya. Namun di sisi lain kita pun merasa sedih, sedih dengan kader-kader dakwah (saudara-saudaranya si X) yang dengan berbagai macam alasan duniawi rela meninggalkan tugas-tugas dakwah yang seharusnya mereka kerjakan.
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
4:51 PM
0
comments
Face Veil Ban
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
4:40 PM
0
comments
Monday, September 28, 2009
Sekeliling yang memotivasikan
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
3:10 PM
0
comments
Friday, September 18, 2009
::Salam Eidulfitri 1430H::
Salam Lebaran
Di bulan syawal yang mulia ini saya mohon sejuta kemaafan kepada semua sahabat2 atas kekhilafan dan keterlanjuran..Maaf zahir dan batin..
Bermaafan di Aidilfitri
MAAF zahir dan batin adalah ungkapan yang begitu sinonim dengan sambutan Syawal yang mulia di samping ucapan Selamat Hari Raya. Bahkan Hari Lebaran ini bagaikan tidak sah dan hilang serinya kalau tiada budaya bermaaf-maafan.
Sebenarnya amalan bermaafan ini ada sandarannya dalam syarak dan ia amat berkait rapat dengan manifestasi fitrah atau kesucian daripada kotoran noda dan dosa, apatah lagi setelah sebulan kita beribadat dan bertaubat kepada Yang Esa. Cuma, itu hanya dosa kita dengan Allah. Bagaimana halnya pula dosa-dosa kita sesama manusia?
http://rampaiseri.wordpress.com/2007/10/12/bermaafan-di-aidilfitri
oleh Ust.Nidzamuddin Zakaria,Tim.Dekan FPQ,USIM (Pensyarah Qiraat subjek)
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
4:06 PM
0
comments
Monday, September 14, 2009
..Melakar Cinta Firdausi..muhasabah diri sendiri..

Dari blog aini :www.ainiazhari.blogspot.com
‘ Teacher, betul ke Jeneral Rifail Zanki tu wujud?’
‘ Teacher, kejadian dekat penjara tu buat sy menangis.’
‘Teacher, sy nak jadi seperti Aima Insyirah.’
‘Teacher, sy asyik menangis je baca novel ni.’
‘Teacher, ibu fatimah hebatkan.’
‘Teacher, si kecil Ammar sungguh bijak..ada six senses..’
‘ Teacher, jahatkan zionis. Kejam!!!’
Berbagai-bagai respon yg saya dapat. Respon dari anak-anak Aimi di Selangor yg disampaikan melalui Aimi kepada sy..respon positif sahabat-sahabat lain membuatkan sy berfikir…cukupkah amalan sy dengan apa yg sy tulis…setiap kali diri mula lalai, melakar cinta firdausi akan menjadi salah satu pemangkin untuk sy kembali memujuk diri untuk bermuhasabah..beramal seiring jihad mata pena yg dilakukan…Ya Allah…kuatkan diriku..menghadapi ujianMu…takut dan sangat takut, andai amalan ini tidak diterima akibat tingkah yg tidak diredhai…
Kepada Aini...
memang betul..bila terasa lemah sgt..Aimi pun baca balik novel kita,baru dpt kekuatan balik..Saadah pun pesan, bila mengadu pada dia.."Aimi baca balik novel aimi tu"..Sungguh novel itu sememangnya utk panduan kita sebenarnya..Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan sedikit ilmuNya kepada kita..
Bukan bercita menjadi penulis@novelis
Tak pernah lahir cita2 di hati ingin menjadi penulis,apatah lagi menghasilkan buku..Berbeza dgn aini mmg minatnya terhadap penulisannya tersangat tinggi..minatku hanya suka2 n biasa..teringat pulak dulu semasa di kolej 11th..
"Aini nak buat novel?bagusnya..aini sempat ke nak buat dlm sibuk ni?",soalku
"Aah..aini nak buat.Dengan PTS.Aini dah buat sinopsis dan manuskrip awal."
Balasku lagi,"Baguslah aini ini.Aimi pun suka jugak,tapi tak sempatlah dengan keja2 jemaah banyak,belajar lagi.Tak terkejar.Tak semangat macam aini".
Akhirnya tak kusangka,aini ajak jadi partnernya..terima kasih aini.Inilah dikatakan REZEKI dari Allah swt,KEKUATAN hanya daripadaNya.Jika masih ada REZEKI dgn IzinNya,buku seterusnya akan menyusul walaupun satu pun sinopsis yang dirancang masih tak bergerak.
Peringatan dari Allah swt
'wahai orang2 yang beriman!mengapa kamu mengatakan sesuatu apa yang tidak kamu kerjakan?' (assoff:2)
Ya Rahman,kami berlindung di bawah lembayung RahimMU..dimurkai dan dilaknati olehMu terhadap apa yang telah kami perkatakan dalam penulisan kami.Bantulah kami sampai kepada setiap bait-bait kalimah yang kami perkataan seiring dengan amalan kami.Istiqomahkan kami pada jalanMu ini.Novel ini adalah ujian bagi kami.Yang akan menerima murka atau rahmat dariMu..amin..
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
7:23 AM
0
comments
Tuesday, September 08, 2009
::Nur Ramadhan::
18 Ramadhan 1430H
Rindukan rahmat tuhan
Harap belas kasihan
Terungkap kata
Hati bersuara
Rintih luahan insan
Semalam berlalu pergi
Terlalu sepi
Tak dapat di nafi
Hati terus mencari
Damai yang pernah
Singgah pelengkap
Tahun melengkap jauh
Jauh ke sudut kalbu
Tersusur harapan
Menanti ramadhan
Mengharap butir ampun
Terasa begitu cepat
detik waktu berlari
dan musim pun berganti
Tak sempat ku merenungi
dalam wadah maknawi
Nur Ramadhan yang pergi
Aku mengunyah butir debu-debu
Yang garing di kebun tamar
Terlalu mudah aku melepaskan
Ramadhan berlalu
Tanpa walau secubit rasa kerinduan berbekas di kalbu
Musafir yang damba Ramadhan
Menanti dengan getar rindu tertahan
Menyambutnya penuh kesyukuran
Menatang rahmat iman di lembar al-Quran
Di siang yang menyala
Berlapar dan dahaga
Sedikit tak terdera hanya rasa cinta
Di cermin bahagia
Kalimah yang diutus
Mengalir tak terputus
Di malam nan berkabus doa-doa kudus
Mengisi tafakur
Pernah kutinggalkan kau
Tanpa beralas syukur
Lalu lebur peluang terkubur
Rindu kemudian subur
Pernah ku abai nikmat
Damai yang hadir hinggap
Kini kusingkap tirai dan tingkap
Perbetul tiap silapkan
kupastikan ramadhan
Berlalu dengan makna
Tarbiyah taqwa tersisip
ke tiap inci nyawa
Ku bimbang tiada esok
Untuk ku sambut lagi
Bulan tercinta pendamai jiwa
Limpah rahmat Ilahi
-Demascus, Nur Ramadhan-
http://www.thedemascus.com/2008/09/demascus-nur-ramadhan.html
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
2:58 PM
0
comments
Monday, August 31, 2009
Kembara Ramadhan
Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai “Shahrun Mubarak” yang bermaksud bulan keberkatan. Dikatakan sebagai bulan yang penuh rahmat dan keberkatan kerana di dalamnya mengandungi beberapa keistimewaan antaranya diturunkan kitab suci al-Quran yang menjadi petunjuk dan pedoman umat manusia, umat islam diwajibkan melakukan ibadah puasa di siang hari, ibadah solat sunat tarawikh pada waktu malam dan juga ibadah sahur.Di sinilah peluang untuk kita meraih keberkatan dan kerahmatan Allah swt.
Rasullullah pernah berpesan dalam sebuah hadits yang ertinya:” Sesungguhnya umatku yang mengerti nilai-nilai yang terkandung dalam bulan ramadhan itu pastilah mereka menginginkan supaya seluruh bulan dalam bulan ramadhan itu terkumpul bermacam-macam-macam kebajikan yang mendatangkan pahala (hasanat), ketaatan diterima, do’a-do’a dikabulkan, dan akhirnya timbul kerinduan terhadap syurga “ (HR. Ibnu Abbas).
Perteguhkan keyakinan
Pada waktu melaksanakan ibadah puasa orang yang bertaqwa akan menunjukan bahwa dirinya itu tidak dapat terlepas dari pandangan-Nya. Dia akan merasa dekat dan selalu mendekatkan diri kepada-Nya. Sehingga, tidak berani untuk melangggar semua perintah yang sudah dtentukan oleh Allah dimanapun dia berada dengan keyakinan yang dimilikinya bahawa Allah pasti mengetahui walaupun tidak ada orang yang mengetahui.
Keyakinan datangnya dari asal 'aqadnya' kita dengan Allah SWT. Sejak di alam rahim,kita telah berjanji padaNya akan beriman padaNya.Kemudian kita diperteguhkan dengan kalimah lafaz syahadatain melalui azan/iqamat yang diperdengarkan sebaik sahaja dilahirkan. Dan surah al-ikhlas yang diturunkan membantu kita memperteguhkan lagi keyakinan atas setiap kejadian kehidupan pada Yang Berkuasa. .
Allah swt telah berfirman,mafhumnya:” Dan apabila para hambaku bertaqwa kepadamu tentang aku. Maka (jawablah) bahwa aku adalah dekat. Aku mengabulkan orang yang mendo’a, apabila ia berdo’a kepadaKu. Maka dari itu hendaklah mereka itu memenuhi (segala permintaan) Ku. Dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran “ (Q.S Al Baqarah:186).
Di bulan barakah inilah, kita cuba perbaiki dan perteguhkan kembali keyakinan padaNya yang kadang-kala goyah dek ujian duniawi..meningkatkan ketaqwaan,memperteguhkan keyakinan..semoga kita menjadi hamba yang bersyukur dan cekal mengharungi segala..
Ramadhan juga untuk memberi
Seringkali Ramadhan membuka tirainya, kita sibuk memikirkan 'hal' sendiri sahaja. Meraih cinta dan kasih sayangnya.Sehingga kita terlupa pada yang memerlukan..
Imam al-Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah ditanya:
Sedekah apakah yang paling utama?
Baginda menjawab, Seutama-utamanya sedekah adalah di bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w., pada bulan Ramadan ini sangat dermawan dan pemurah. Digambarkan bahawa sentuhan kebaikan dan pemurah Nabi s.a.w. kepada masyarakat begitu menyeluruh, lebih merata saujana sifatnya daripada sentuhan angin terhadap benda-benda di sekitarnya. Sesuai dengan bulan Ramadan yang mulia ini, kita disaran agar memperbanyakkan sedekah walaupun sekadar sebiji kurma ataupun seteguk air.
Kadangkala kita terlepas pandang ibadah ini yang hakikatnya terkandung berganda ganjarannya.Islam memandang harta meskipun ia merupakan hasil keringat sendiri, tidak sebagai hak mutlak pemiliknya. Harta yang dimiliki seseorang, pada pandangan Islam mempunyai hubungan dengan persoalan kemasyarakatan.
Dari sini maka Islam mengajarkan bahawa infaq, yang merangkumi sedekah dan zakat adalah suatu keharusan. Beberapa kali al-Quran menegaskan bahawa dalam harta yang dimiliki seseorang ada hak yang mesti diberikan, misalnya kepada orang-orang miskin dan tertindas, keluarga dan masyarakat secara umum.
Kesempatan inilah yang seharusnya diraih oleh mereka yang berkemampuan untuk bersedekah, khususnya pada bulan Ramadan kerana dijanjikan pahala yang berlipat ganda.
Orang yang menjauhkan dirinya daripada perbuatan keji dan kikir termasuk dalam golongan-golongan yang dijanjikan kebahagiaan. Allah s.w.t. menegaskan dalam surah at-Taghabun ayat 16-17 bahawa sedekah yang dikeluarkan oleh kaum Mukmin untuk fakir miskin, pada hakikatnya bermanfaat bagi si pemberi sedekah itu sendiri. Setiap sedekah yang dikeluarkan oleh seseorang, manfaatnya akan kembali kepada orang itu juga.
Jadi, sepatutnya disedari oleh kaum Mukminin, betapa besar kebaikan dan kenikmatan Allah s.w.t. Kebaikan yang tidak ternilai harganya. Allah s.w.t menciptakan kebaikan berupa harta, kemudian menisbatkan kepada hamba-Nya, Allah menyuruh hamba-hamba-Nya untuk berinfaq sebagai suatu kebaikan dan menamakannya sebagai pinjaman daripada Allah kepada hamba-hambanya. Padahal semua itu datang daripada Allah s.w.t.
Sesungguhnya bersedekah pada bulan Ramadan merupakan antara jalan yang membawa kita ke arah penyucian hati dan jiwa. Oleh yang demikian itu, raihlah segala tawaran Allah s.w.t. bagi mencari dan menemukan kunci syurga..
Buat Sahabat Sekalian
Semoga perkongsian dan peringatan ini adalah untuk muhasabah bersama terutama diri ini yang sering alpa.Ayuhlah sahabat, di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita bersama meningkatkan ibadah dengan amal-amal soleh sebagai pembuktian iman dan taqwa kita kepada Allah SWT. Amin..
Posted by
Aimi Nabihah Mohamad
at
10:32 PM
0
comments
Labels: Peringatan Bersama, Tazkirah



