Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Friday, December 25, 2009

Perempuan Berkalung Sorban- Pro & Cons-




Sudah lama diberitakan tentang filem ini, Alhamdulillah baru berkesempatan menontonnya sehingga selesai (dgn streaming 3G)..Dikhabarkan, cerita ini membawa kontroversi, banyak2 komen2 dpt dibaca di youtube..terutama part2 awal cerita..Apapun banyak pro dan kontranya..Mungkin tujuan penceritaan adalah baik, tetapi cara dan jalan penyampaian dlm babak2 cerita ini kurang sesuai,yang menimbulkan kontroversi

Analisis intipati filem
Kebebasan seorang perempuan
1) Anak Kiyai,membangunkan pesantren,mempunyai 2 orang abang
2) Gemar menunggang kuda, bercita2 tinggi dalam pelajaran dan penulisan
3) Segala hasrat dibantah oleh ayah kerana dia seorang perempuan
4) Dikahwinkan tanpa rela sbg syarat utk mendapatkan muhrim bagi membolehkan
menyambung pelajaran
5) Terperangkap dlm rumahtangga,suami merupakan pelajar pesantren dan anak kiyai bersikap kurang akhlak..terseksa kerana sering didera dan dipaksa secara kasar.
6) Segala konflik hidup berakhir setelah ayah meninggal dan diceraikan. Berkahwin dgn lelaki pilihan, bekas pelajar Al-Azhar
7) Dipinggirkan oleh abang dan pesantren
8) Sambung belajar dan aktif bidang penulisan.Mencari hakikat kebebasan.
9) Menyebarkan buku2 pemikiran dan ilmu di pesantren. Menjadi isu.Cukup hanya dgn kitab2 utk dibaca
10) Suami meninggal. Berdikari dan meneruskan perjuangan dlm bidang penulisan dan membuka pemikiran agak tertutup warga pesantren.Akhirnya diterima dengan perubahan yang dibawa

Erti kebebasan
Pada saya, kebebasan dan Hak wanita Islam telah ditetapkan dalam Islam. Wanita Islam tiada larangan untuk melanjutkan pelajaran, bekerja dan ada hak kebebasan untuk membuat pilihan dalam hidup. Tetapi dengan syarat, tidak melanggar apa yang telah DIHARAMKAN dalam Islam, telah menyalahi syarak dan syariat. Adab pergaulan berlainan jantina, aurat dan akhlak perlu dijaga. Pemikiran perlu seiring dengan akidah yang murni dan akal yang sihat.

Cerita ini cuba membawakan aliran konservatif yang masih wujud, tetapi mungkin agak berlebihan kerana ia akan membawa salah faham kepada orang islam yang masih terumbang-ambing dlm pegangan, muallaf dan org2 yang baru berjinak2 utk mengenali Islam. Salah faham ini akan menampakkan betapa sempitnya Islam, sedangkan Islam itu sendiri universal, waqiiyah, thabat wa murun serta syumuliyyah..Lebih2 lagi dengan timbulnya pelbagai isme2 seperti feminisme,liberal seperti sister in islam..Filem yang cuba membawa mesej Islam perlu lebih berhati2 penelitian dan perlu ada penerangan yang baik..

Hak Wanita Islam telah lengkap dalam Islam. Hak dalam pendidikan, hak sebagai isteri, hak memberi pandangan. Tetapi perlu ingat, Ketua dalam kepimpinan tertinggi adalah lelaki, menjadi imam memimpin umat Islam. Ada hikmah pensyariatan yang telah diturunkan. Selagi tugasan, kerja wanita Islam tidak melangkaui batasan syariat, pada saya itu bukan kesalahan. Hanya setiap manusia ada memiliki pandangan,pemikiran dan cara yang berbeza.Dan bagi saya agak kurang rasional, perempuan2 tidak dibenarkan membawa buku2 lain selain kitab2 nukilan ulama' dan alquran. Mungkin itu dibimbangi pengaruhi akhlak dan akidah. Pilihan buku perlu tepat, jangan sampai memesongkan akidah dan menjadi liberal. Menyamaratakan semua dalam Islam. Hak dan batil dicampur adukkan.

Bak kata seorang sahabat :

MANUSIA ADALAH APA YANG DIA BACA, DIA LIHAT DAN DIA LALUI.
Allah bagi manusia pilihan, ada kebaikan, ada keburukan dan Allah bagi manusia akal dan pemikiran agar merenung segala penciptaan..disitulah adanya pendidikan,ketauhidan juga ajaran dalam kehidupan.

Yang penting perbezaan diraih dan dihormati, persamaan diperkuatkan untuk Islam. Jaga adab, jaga akhlak. Dan perlu ingat jika mengaku sebagai daie, PENDAKWAH BUKAN PENGHUKUM juga sentiasa berbaik sangka sesama Muslim. Wallahualam.

No comments: