Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Saturday, May 02, 2009

:: Harga Anda Adalah Syurga ::


Seorang pujangga bermadah : 'Jiwaku yang punya sesuatu akan pergi, mengapa aku mesti menangisi sesuatu yang mesti pergi?'

Dunia dengan emas,perak, rumah mewah, jawatan, tidak mempunyai hak walaupun setitis pun untuk kita mengalirkan air mata kita. Diriwayatkan oleh At-Tirmizi bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Dunia ini terkutuk, semua yang ada di dalamnya terkutuk, kecuali ZIKIR kepada Allah s.w.t, hal-hal yang berkaitan dengan zikir, seorang alim dan seorang penuntut."


Dunia dan kekayaan ini sebenarnya tidak lebih daripada barang amanah.
"Harta dan keluarga sudah tentulah merupakan barang amanah dan apabila sampai waktunya barang amanah itu akan dikembalikan" (Labid)

Bijaksana berkata " Tentukanlah harga sesuatu,dirimu, kehidupanmu itu secara rasional. Sebab dunia dan isinya tidak lebih mahal dari JIWA SEORANG MUKMIN."

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan."
(al-ankabut : 64)

Hasan al-Basri berkata : "Jangan tentukan harga dirimu kecuali dengan SYURGA. Jiwa orang beriman itu mahal, tetapi sebahagian dari mereka menjualnya dengan harga yang murah."

Ramai yang menangis, meraung-raung kerana kehilangan harta,rumah,keluarga,cinta manusia, tetapi kita tidak menyesal dan tidak bersedih apabila merosot nilai KEIMANAN kita, bertambah dosa-dosa kita..Tiada apa yang menguntungkan tangisan dan sesalan yang kita raungkan setiap masa semata-mata kerana dunia.

Beberapa bulan lepas, di daerah tempat tinggal saya, dilaporkan seorang pemuda berusia 21 tahun ditemui meninggal dunia kerana membunuh diri akibat putus cinta. Alangkah ruginya, alangkah kasihannya..pemuda yang sepatutnya menjadi syabab menghiasi dunianya dengan keimanan dan perjuangan Islam, dengan penuh sayunya..lebih rela memutuskan nyawa anugerahNya dengan cara yang paling dikutuk dalam Islam..semata-mata kerana dunia..Nauzubillah..

"Sesungguhnya mereka(orang kafir)menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak mempedulikan kesudaha mereka, pada hari yang berat (hari kiamat)."(al-Insan:27)

Marilah kita berusaha untuk meletakkan harga diri kita,kehidupan kita dengan nilaian SYURGA.Semoga Allah terus memelihara kita dengan anugerah iman dan islamNya.InsyaAllah


"Jika seluruh isi dunia diberikan kepada kita, kita tetap tidak akan merasa puas..KERANA KITA ADALAH MANUSIA..."

1 comment:

Bohemian Virtuoso. said...

Selamat2.
Ni syiha, anak cikgu mad & adik najah yg blajar medic kt mesir tu. Hehe, jiran ni, tak kan tak kenal. Tompang lalu ye. Add la ym aku, syiha_baik@yahoo.com