Akhir-akhir ini kerajaan dikejutkan dengan isu tunjuk perasaan,perhimpunan haram Hindraf(Hindu Rights Action Force) yang heboh di serata dunia.Isu ini mendapat liputan meluas di muka-muka hadapan akhbar utama luar negara yang menyentuh soal Malaysia ingin melakukan penghapusan kaum,pembersihan etnik minoriti di Malaysia.Surat-surat pembaca di akhar tempatan menyatakan ketidakpuasan hati atas tindakan Hindraf yang bertindak memfitnah kerajaan dan ingin menggulingkan kerajaan Malaysia.Pergolakan dan tindakan hindraf ini semakin mengelirukan apabila pihak kerajaan dan juga BA(barisan alternatif) saling membuat pernyataan hidden agenda di sebalik tindakan Hindraf ini.Apakah hakikat sebenar tindakan hindraf ini?Saya turut tidak pasti.
Apa Kata Mereka?
Pihak kerajaan Malaysia
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Dakwaan Hindu Rights Action Force (Hindraf) mengenai pembersihan etnik minoriti oleh kerajaan Malaysia kini digembar-gemburkan di India melalui rangkaian antarabangsa yang didorong parti pembangkang
“Saya dapati, ia didorong politik berkait dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini kami pasti kerana sudah nampak campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menyifatkan pendirian bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong campur tangan kerajaan India dalam isu perhimpunan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai perbuatan menjual maruah negara.
Ketua Penerangannya, Datuk Azimi Daim berkata, tindakan itu menggambarkan sikap sebenar seorang bekas pemimpin Melayu yang terdesak.
‘‘Dia (Anwar) kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk mendapatkan sokongan puak pelampau.
‘‘Perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah jauh terpesong. Matlamat parti itu yang dicanang sebelum ini untuk membela rakyat jelas palsu belaka,” kata Azimi ketika dihubungi di sini.
Parti Keadilan Rakyat : Kerajaan Main Sentimen Perkauman
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
“Tindakan Timbalan Perdana Menteri yang mengecam Hindraf dengan cemuhan berunsur perkauman adalah sesuatu yang amat biadap, dalam keadaan masalah kerencaman masyarakat India di Malaysia pada masa kini bukan satu keadaan yang boleh dimanipulasi dengan sentimen perkauman.
“Sebaliknya ia berbalik kepada konsep keadilan sosial dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional’” ujar beliau mengulas respon Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lepas mengenai isu Hindraf ini
Beliau berpendapat sewajarnya Kerajaan Barisan Nasional memberikan penumpuan untuk memperbetulkan keadaan kestabilan masyarakat Malaysia, bukan mengekang rakyat untuk berhimpun dan melaksanakan hak demokratik mereka.
“Isunya bukan masalah kaum India semata-mata, isunya adalah penindasan berterusan ke atas rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Dan terbukti jelas, selepas 50 tahun merdeka, BN meneruskan tradisi gagal membela rakyat.
Parti Islam Semalaysia(PAS)
(Oleh Ustaz Iskandar ialah Yang Dipertua PAS Pandan)
Berdasarkan beberapa ceramah-ceramah Hindraf sebelum ini sama ada di Pulau Pinang, Banting atau Johor Baharu yang boleh ditonton di dalam laman 'YouTube', suasana panas pada perhimpunan Ahad lepas adalah sesuatu yang sudah dijangkakan.
Pada pendapat saya perhimpunan itu mungkin akan memberi dua impak yang besar kepada rakyat terutamanya orang Melayu iaitu :
1. Memori perhimpunan aman Bersih mungkin akan telah terpadam kerana rakyat sekarang telah dihantui oleh babak baling-membaling dan lempar-melempar penyokong-penyokong Hindraf.
2. Orang Melayu mungkin akan merasa terancam dengan apa yang dilihat sebagai kebangkitan Hindu dan seperti biasa Umno akan melompat ke dalam gelanggang menyanyikan lagu lama, "Marilah kita bersatu di dalam Umno."
2. Orang Melayu mungkin akan merasa terancam dengan apa yang dilihat sebagai kebangkitan Hindu dan seperti biasa Umno akan melompat ke dalam gelanggang menyanyikan lagu lama, "Marilah kita bersatu di dalam Umno."
Di saat dan ketika saham UMNO jatuh menjunam setelah rakyat berjaya mencabar pantang Pak Lah dengan megadakan perhimpunan lebih 100,000, kehadiran Hindraf seolah-olah satu rahmat kepada mereka. Adakah ia satu kebetulan?
Saya tidak berkata bahawa Hindraf ini didalangi oleh Umno tetapi infiltrasi dan provokasi sudah sekian lama menjadi taktik mereka.
Siapa yang sebenarnya membaling batu pada 25 November lepas?
Siapa yang melempar kayu?
Siapa yang memecahkan tingkap?
Siapa yang melaungkan slogan-slogan perkauman?
Siapa yang melempar kayu?
Siapa yang memecahkan tingkap?
Siapa yang melaungkan slogan-slogan perkauman?
(Oleh Subky Abdul Latif)
PAS tidak perlu menjawab cabaran Ketua Pemuda Umno Dato' Seri Hishamuddin Hussein tentang pendirian PAS terhadap tuntutan tunjuk perasaan Hindraf di Kuala Lumpur 25 November lalu.
Tetapi Pemuda Umno sendiri mesti menjelaskan pendiriannya terhadap arahan Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Badawi kepada MIC untuk membuat kejadian terhadap tuntutan dan perjuangan Hindraf. Apa erti jawapan Perdana Menteri kepada Datuk Samy Vellu apabila beliau didatangi oleh pemimpin MIC atas isu tunjuk perasaan dan tuntutan Hindraf itu?
Apabila Perdana Menteri mengarahkan Datuk Samy Vellu membuat kajian atas apa yang dikatakan tidak puas hati penyokong Hindraf, maka ia bererti Perdana Menteri dan kerajaan tidak pasti layanan adil dan saksana diberi kepada semua kaum di negara ini khususnya terhadap masyarakat India selama ini.
Reaksi pemimpin Melayu BN khususnya menteri-menteri Umno seperti Ketua Pemuda Umno terhadap apa yang dibangkitkan oleh Hindraf bahwa Hindraf melampau, tidak mengambarkan keadaan sebenar di Malaysia; tidak tepat dengan apa yang telah diberi oleh kerajaan, tidak seperti dengan amalan dan pendirian BN.
Jika apa yang telah diberikan oleh kerajaan BN itu benar dan hakikat, maka ia wajar dipertahankan. Jelaskan apa yang sebenarnya. Kalau penjelasan dari pemimpin Melayu yang beragama lain dari anutan penyokong Hindraf tidak mungkin memuaskan hati pendengar, maka BN penuh parti yang mewakili masyarakat India dan Hindu.
Apakah kesudahannya?
Tampak isu hindraf ini terlalu banyak yang tersembunyi.Pelbagai pendapat dan pandangan hakikat tercetusnya perjuangan hindraf ini.Respon kaum Melayu khususnya menampakkan sentimen perkauman mula timbul.Dan seperti kata Prof.Emeritus Dato' Abu Bakar Hamid,pensyarah Jab.Media Universiti Malaya menyatakan Melayu mengundi kerana sentimen,Cina mengundi secara strategik.Adakah itu kebenaran?..Sentimen perkauman bukanlah diajar dalam Islam,Assobiyah hanya memecahbelahkan.Perkauman perlu untuk pertahankan sesebuah bangsa,tetapi bukanlah melangkaui agama dan membelakangkan Islam.
Bilakah kesudahannya dan apakah kesudahannya itu pastinya akan terjawab.Siapakah yang akan menang dan siapakah yang akan kalah.Manakah yang akan menang,samada yang batil atau yang benar..jawapannya akan terserlah.Wallahu'alam.
Lihat Demonstrasi Hindraf:
No comments:
Post a Comment