Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Wednesday, September 12, 2007

Peristiwa Berdarah Berulang Lagi..

Peristiwa Tembakan di Batu Buruk, Terengganu

Cukup dikesalkan tindakan polis di perhimpuan Batu Buruk, peluru hidup digunakan sasarkan kepada penduduk awam..ramai yang cedera dan ada yang parah..Adakah ini etika skuad polis Malaysia yang hebat dengan kempen Rakan COP nya?..yang telah dinaiktarafkan perkhidmatan dan layanan untuk skuad polis Malaysia...

Apa bezanya dengan tindakan kejam tentera Israel di Palestin,melepaskan tembakan sesuka hati..Apa bezanya peristiwa ini dengan peristiwa Memali,
1985?..

Kenyataan BERSIH :” Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berpendirian bahawa polis telah melakukan provokasi dan bertindak secara tidak profesional dengan menembak gas pemedih mata dan semburan air ke arah orang awam yang sedang berhimpun sedangkan ceramah pada malam itu telah pun di batalkan.”

Berikut adalah kenyataan penuh Bersih berhubung kejadian yang berlaku:

1) Pada 8 September 2007, Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang menggabungkan parti-parti politik dan NGO merancang untuk mengadakan majlis perhimpunan aman berupa road show untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Batu Buruk, Kuala Terengganu.
2) Pihak penganjur telah membuat permohonan permit polis sebagaimana yang sewajarnya namun permit tidak dikeluarkan kepada pihak penganjur walaupun rayuan telah dibuat.
3) Pihak penganjur telah mendirikan pentas program namun pada jam 5 petang polis telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah yang digunakan pihak penganjur dan merobohkan pentas itu tanpa keizinan tuan rumah.
4) Polis kemudiannya membuat sekatan jalan dan halangan beberapa kilometer dari tempat majlis hendak diadakan agar orang ramai tidak masuk ke kawasan itu.
5) Pada sebelah malamnya, kira-kira jam 9.40 malam, para pemimpin BERSIH termasuk Dato’ Mustafa Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu) telah dihalang dari masuk ke kawasan majlis itu. Mereka termasuklah Dr Syed Azman Syed Ahmad (wakil BERSIH), Haji Muhamad Sabu (wakil PAS), Tan Sri Khalid Ibrahim (wakil PKR), YB Leong Ngah Ngah (wakil DAP) dan Haji Azmi Hamid (Teras).
6) Perbincangan dibuat antara mereka dan polis namun program itu tidak dibenarkan untuk diadakan.
7) Ekoran dari itu, ketegangan telah timbul antara polis dan orang ramai yang telah berhimpun kira-kira setengah kilometer dari tempat ceramah. Kemudiannya FRU mula menembak water canon dan gas pemedih mata ke arah orang awam secara membabibuta. Ia berterusan hingga jam 1.30 pagi.
8) Salah seorang anggota polis yang tidak beruniform didapati telah melepaskan beberapa das tembakan di tengah-tengah orang awam yang berhimpun secara aman. Ia telah terkena kepada seorang awam bernama Suwandi Abdul Ghani, 37, dan menembusi paru-parunya, Seorang lagi, Muhamad Azman Aziz, 21, telah terkena pada lehernya. Sehingga kini, Suwandi telah dipindahkan ke Hospital Kubang Kerian (dari Hospital Kuala Terengganu) untuk menerima rawatan lanjut.
9) Berpuluh-puluh orang awam telah tercedera dan empat dari mereka parah.
10) 23 dari orang awam telah ditangkap termasuk tiga wartawan akhbar tempatan. Dua dari mereka telah ditahan reman.
11) Ekoran huru-hara ini, pelbagai kerosakan berlaku kepada harta awam. Ia hanya reda selepas polis meninggalkan kawasan ini kira-kira jam 1.30 pagi

Kenyataan Anwar Ibrahim: ” Polis dan kerajaan Malaysia percaya bahawa kuasa boleh dikekalkan dengan keganasan. Tindakan kerajaan yang menggunakan peluru hidup menunjukkan bahawa Barisan Nasional telah menghadamkan dengan baik strategi Zionis dalam menindas dengan kejam rakyat Palestin”

Alasan mereka tetap sama

Menjadi sejarah, kisah kejam anggota polis di Memali pada 19 November 1985 lalu itu, bermula 18 November polis telah mengepong orang kampung, berlarutan hingga melepaskan gas pemedih mata dan berakhir dengan dentuman peluru hidup dari 'machine gun'yang hinggap di batang tubuh Ustaz Ibrahim Libya dan 13 anak muridnya di kediaman Ustaz Ibrahim sendiri.

Alasan kerajaan Barisan Nasional dan polis ketika isu Memali adalah sama seperti dalam kes tembakan peluru hidup yang dilakukan terhadap seorang lelaki dalam insiden di Batu Buruk, Terengganu 8 September lalu, "anggota polis terpaksa melepaskan tembakan kerana diserang dan tindakan menyelamatkan diri".

Cukup mudah dan hampir sama sahaja jawapan pihak polis dalam mana-mana kes tembakan pun, penulis bukan membela mana-mana pihak, jika benar polis diserang dan nyawanya terancam, maka ketika itu apa juga boleh berlaku

Bagaimana Selepas Ini

Kata papatah ”Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit”, ”Alah bisa tegal biasa”..Seperti di Palestin, peristiwa berdarah bermula 1948, penyembelihan di Dir Yasir..seterusnya penyembelihan kejam di kem Shabra Shatila..kekejaman terus berlaku..1950an..1990an..dan kini setiap hari kekejaman terjadi..Apakah yang berlaku kepada Malaysia selepas ini?..Skuad keamanan utama negara sendiri yang bertindak kejam..Apakah tindakan kerajaan?..Hanya pihak pengajur dan penduduk awam yang dipersalahkan..Tiada yang boleh membawa keamanan,memakmurkan negara,menyelamatkan warga negara dan dunia..melainkan dengan ISLAM..PEMERINTAHAN ISLAM..Wallahua’lam

No comments: