Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Monday, July 16, 2007

Menjelang Bulan 'Pertanian",Bulan Kemuliaan

Hari ini adalah 1 REJAB..kita mula melangkah ke bulan untuk bertani..yang hasilnya InsyaAllah lebih lumayan daripada bulan-bulan sebelum ini..bulan yang mencatatkan pelbagai peritiwa..Isra' Mikraj..bermulanya kewajipan Ibadah fardhu 5 waktu (27 Rejab)..dan peritiwa Perang Tabuk yang telah melakar sejarah dalam sirah Islam..
DI ANTARA dua belas bulan dalam tahun Hijrah, terdapat empat bulan pilihan yang dinamakan bulan haram (diharamkan manusia berperang), iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan ZulHijjah.Di antara empat bulan itu pula, bulan Rejab menjadi pilihan sebagai bulan istimewa, di samping bulan Sya’ban dan Ramadhan.
Dalam kitab Jam’atul-Fawaid wa Jawahirul-Qalaid : Ketiga-tiga bulan istimewa itu, yang berkaitan dengan 'pertanian' :
Rejab adalah sebagai bulan menabur biji benih,
Sya’ban sebagai bulan menyiram tanaman
dan bulan Ramadhan sebagai bulan menuai hasil tanaman itu.
Jadi, sesiapa yang tidak menabur biji benih (biji taat) pada bulan Rejab dan tidak menyiram (mengalirkan air mata kesalan dan keinsafan) pada bulan Sya’ban, adakah kita dapat menuai dalam bulan Ramadhan?
Al-Syaikh Abdul-Qadir al-Jailani r.a. pula membandingkan ketiga- tiga bulan tersebut dengan perkembangan sepohon pokok. Rejab itu hari tumbuh daunnya, Sya’ban itu hari keluar buahnya dan Ramadhan itu hari hasilnya. Lebih jauh disebutkan lagi, Rejab menyucikan badan, Sya’ban menyucikan hati dan Ramadhan menyucikan roh.
Asal-usul nama “Rejab” : Perkataan Rejab dalam tulisan al-Quran terdiri daripada tiga huruf akronim : ra’ daripada kalimah rahmatullah (rahmat Allah), Jim dari- pada kalimah jinayatul-’abd (kesalahan hamba Allah) dan ba’ daripada kalimah birrullah (kebajikan Allah).
Bulan Rejab disebutkan juga dengan nama : Al-summun, bermaksud tuli, bermaksud tidak dapat mendengar bunyi senjata kerana peperangan diharamkan sepanjang bulan.
Banyak fadhilat amalan di bulan Rejab..klik sahaja di mana-mana kita akan menjumpainya..tetapi jangan kerana mengejar fadhilat kita mengerjakan amalan..buatlah seIKHLAS mungkin..dan sedaya..ALLAH tahu hati-hati kita..SELAMAT BERTANI..Semoga Allah bersama kita..amin..

2 comments:

Anonymous said...

erm..cik aimi..hadith² yg berbicare ttg kebaikan bulan rejab tuh hanyelah hadith palsu..mmg btul bulan rejab hanye istimewa lebe ckit dr bulan² yg laen sbb ia adelah temasuk dalam 4 bulan haram seperti dalam kitab² hadith.better check source cik aimi.ataupun klik kat cni..http://pejabat-mufti-perlis.com/v01/index.php

gomenne.bagus kerane cube sampaikan kebaikan.tapi berhati² dalam menyampaikan ilmu sbb takut² mencemarkan Islma yg suci murni nih.arigatou.

Warisun said...

kakashi sensei..
hang dah belajar ke pasal2 martabat hadith ni..Main suka pukul orang guna teknik taqlid. Kan kena berlapang dada, ulama' dahulu pun berlapang dada sesama mereka. Memang ada sesetangah hadith ttg bulan rejab x sampai boleh buat hujah, tapi boleh beramal dan bercucuk tanam daripada biarkan hang jadi tanah gersang.

Please respect scholars..