Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Sunday, January 04, 2015

Menalar Makna Diri



Hari ini telah 4 hari kita berada di tahun baru masehi 2015. Telah 4 tahun blog ini menyepi.Dulu, blog ini dipenuhi melalui 'keyboard laptop', hari ini dinukilkan seiring perubahan zaman yang canggih, dunia di hujung jari, di mana2 sahaja berada. Pantasnya masa berlalu seiring dgn kata peringatan, kiamat itu semakin dekat.

12 Rabiulawwal@3 Jan

Masjid Agung Khilafah Uthmaniyyah (dapatku jejak November lalu, Alhamdulillah)


Semalam adalah hari bermakna buat kita ummat Nabi Muhammad saw. Seiring umur yang semakin bertambah, aku lebih memahami bagaimana penghayatan meraikan kecintaan kpd Baginda saw. Jika dulu, hanya sibuk mengikuti perarakan maulid semata laungan dari lidah, bukan dari hati. Bagiku kini cukuplah dengan perbanyakkan selawat setiap kali solat fardhu dan berusaha mencontohi akhlak nabi saw&mengikut jejak perjuangan tinggalan Baginda saw.

Setiap tahun Maulidurrasul, maka bertambahlah juga usiaku dlm hijrah (11 Rabiulawwal). Ini bermakna aku telah memasuki alam 30-an. Seumpama ada sesuatu tertinggal dlm jeritan hati. Namun, biarlah ianya menjadi rahsia, dalam ratibku kepada Ilahi.

2015

Lapangan dakwahku


Di persekitaran rumah sewa baru, adakala ku rasakan spt kembali ke tahun aku mula bekerja dahulu. Sungguh, tinggal bersama keluarga dgn berkongsi dgn teman rumah yg pelbagai sikap itu berbeza. Itulah kehidupan, suka@tidak..lafazkan kesyukuran kerana masih banyak nikmat Allah kurniakan

Tiada perancangan khusus melangkah ke tahun baru. Aku masih mencari memaknai kehidupan ini. Cuma harapanku satu, agar aku hidup dengan iman dan mati juga dgn iman, serta mampu untuk terus memberi dengan kekuatan&redha dari Ilahi.