Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Berdasarkan Akta Hakcipta 1987:
Dilarang untuk mencetak, mengulang siar, mengambil, mencuri, menciplak, dan sebagainya tanpa izin daripada penulis.Hak cipta blog adalah terpelihara (Kenyataan ini hanya untuk penulisan saya dalam subjek 'karyaku' kerana melibatkan penghantaran ke media cetak.Penulisan lain tiada akta halangan.Dialukan penyebaran)

Thursday, May 31, 2007

Kenali Personaliti..Motivasi+Bekalan Da'ie

Kajian psikologi tidak sama Tilik nasib

Seringkali kita mendengar kajian tentang diri,rahsia bulan kelahiran,tarikh kelahiran,zodiak,personaliti warna dan sebagainya.Persoalan di sini, sejauh mana kebenarannya dan hakikat sebenarnya

Kajian psikologi adalah untuk lebih memahami dan mengenali seseorang individu.Keperluan ini adakala perlu kita ketahui untuk motivasi diri sendiri juga peranan kita sebagai khalifah di bumi Allah ini.Sebagai ibu,bapa,penjual,guru,polis dan apa sahaja bidang yang kita ceburi perlu tahu tentang psikologi diri manusia kerana kita berhubung dengan manusia dalam kehidupan seharian.

Tidak dinafikan, kajian psikologi ini bukanlah 100% betul kerana ianya hanyalah kajian manusia.Tapi jika dilihat di sudut positif, kajian sebegini boleh membantu seseorang individu lebih mengenali dirinya terutama bagi remaja,yang mengalami proses perubahan diri seringkali mengalami konflik diri untuk memahami diri.

Perlu dibezakan kajian psikologi dan tilik nasib.Seperti biasa disiarkan di akhbar news street times, akan disiarkan apakah nasib kita pada setiap hari berdasarkan zodiak, begitu juga ada majalah-majalah tempatan menyatakan nasib bulanan ataupun tahunan bagi individu.Kepercayaan inilah perlu dihapuskan.

Percaya vs Mengarut

Kembalikan kepada hakikat kepercayaan dan keyakinan kita sebagai manusia, aqidah islamiah.Antara percaya atau tidak,kajian hanyalah sekadar kajian,pemudah cara untuk individu menjalani kehidupan, tidak semestinya suatu kebenaran.

Apa yang perlu diyakini, diri kita dan nasib kita adalah terletak di bawah kekuasaan Allah.Setiap ciptaanNya adalah berbeza, lihatlah sahaja di bawah jari-jari kita...cap jari semua manusia berbeza..apatah lagi sifat-sifatnya..hanya sedikit persamaan untuk membawa persefahaman dan keserasian.

Usah terlalu percaya pada kajian nasib...itu akan merosakkan aqidah islam..kepercayaan kita yang sebenarnya hanyalah terletak apa yang telah digariskan dalam rukun-rukun iman

4 Warna Bekalan Pengetahuan Da’ie

Secara umumnya, manusia boleh dibahagikan mengikut warna diri yang berbeza. Pelajaran yang saya kutip dalam pengajian ilmu Color Vibration Therapy (CVT) membahagikan warna diri kepada empat bahagian utama iaitu Putih ,Merah Jambu ,Hijau dan Biru. Setiap manusia secara azalinya telah ditetapkan oleh Allah SWT dengan warna dirinya yang tersendiri dan ekslusif.Dan warna tersebut diterjemahkan dengan sifat semulajadi individu tersebut.

Warna putih melambangkan Spiritual atau sifat kerohanian, manakala merah jambu (pink) melambangkan Emotional. Hijau pula melambangkan mental dan biru melambangkan fizikal. Jika di lihat dari sudut seerah Nabawiyyah keempat2 warna ini diwakilkan melalui empat khulafa' arrasyidin dizaman Nubuwwah.

Putih dinisbahkan kepada Saidina Abu Bakar r.a , merah jambu dinisbahkan kepada Saidina Umar alkhattab r.a, manakala hijau dinisbahkan Saidina Uthman Ibn Affan r.a dan biru mewakili warna Saidina Ali r.a. Kita maklum bahawa keempat sahabat terutama Nabi SAW ini mempunyai karakteristik yang berbeza dan masing-masing menampakkan competitive advantages yang tersendiri. Malahan, kisah mereka juga dapat menonjolkan sifat dan sikap peribadi mereka sebagai qudwah hasanah kepada umat Islam.
(from ulumcordova.blogdrive.com)

Ilmu untuk Tindakan

Pengetahuan penting untuk tindakan...Kerana itu kenalilah personaliti diri dan juga masyarakat sekeliling untuk kemaslahatan ummat..Tapi..awas..jangan sampai membelakangkan aqidah islamiyyah dengan setiap pengetahuan yang dimiliki..letakkan pada tempat yang sepatutnya..Kenali personaliti...untuk motivasi dan juga bekalan da’wah..

Berkenalan dengan diriku..(sekadar perkongsian..jauhkan dari ujub..na'uzubillah)

1) Ujian Personaliti Warna ( Jab.Kaunseling UM)
Biru = Suka keharmonian + romantis

Emas = Bertanggungjawab + berperaturan

2) Ujian Cara Atasi Konflik ( Jab.Kaunseling UM)

Musang = Diplomasi + Elak sebarang konflik

3) Ujian Persoaliti Warna ( Fasilitators’ test)

Kuning = adalah warna matahari,sikap mesra dan mengambil berat.Prihatin dan merupakan penggerak semangat kekitaan,kerap mendengar curahan perasaan orang dan gemar memberi galakan.Mempunyai keinginan yang kuat untuk menyukakan hati orang lain.Tidak sukakan perselisihan dan mudah mengalah untuk elakkan konflik.Tidak tegas dan ragu-ragu.

4) Bulan kelahiran (November) Kajian Dr.Fadzilah Kamsah

Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia

Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati
Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.

Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk d irumah.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


Setiap kelebihan anugerahNya..lafazkanlah kesyukuran..setiap kelemahan..cuba atasinya dengan perubahan..Segala pujian..kembalikan kepada yang Hak, Allah s.w.t...Allahu ta'ala 'alam

Ya Allah..Aku Di Bawah NaunganMU (End)

Awal pagi itu berlalu, dua susuk tubuh itu sibuk ruku’ dan sujud serta berdoa kepada Allah.

“Hidup di bawah naungan Al Quran, roh akan sentiasa berhubung dengan Allah.

Manusia terdiri daripada komponen aqliyyah, ruhiyyah dan jasadiyyah (akal, roh, dan jasad). Manusia tidak pernah puas menyuap makanan kepada jasadnya dengan pelbagai jenis makanan yang enak dan lazat. Manusia juga memberi santapan kepada akalnya melalui ilmu2 yang dipelajari untuk mendapatkan kemahiran2 di dunia ini. Apabila memahami nikmat hidup di bawah naungan Al Quran, manusia tidak dijanjikan akan kenyang perutnya tetapi rohnya akan terisi dan kenyang. Akalnya tidak ketinggalan, mempunyai pemikiran yang jauh lebih luas daripada manusia yang hanya berkisar dalam dunia material sahaja. Tubuhnya sujud menyungkur dan spiritualnya akan sentiasa bertawajjuh (dihadapkan) kepada Allah, dengan penuh khusyu’.

Hanya kepada Allah jua sujudnya sekalian penghuni langit dan bumi sama ada dengan sukarela atau terpaksa dan bayang2 mereka (juga turut sujud) di waktu pagi dan petang
Surah Ar-Rad : 15

Sebelum masuk waktu subuh, Rahimah bertanya lagi kepada Huda.

“Huda. Bagitau lah, Insya-Allah ana tak marah, walau enti nak cakap apa2 pun”

Rupa-rupanya Rahimah memang betul2 “terganggu” dengan kenyataan Huda.. Walaupun Huda buat macam gurau2 sahaja.

Huda senyum. Senyum penuh bermakna. Ditenung wajah sahabatnya itu sedalam-dalamnya.

“Adakah diri enti masih terikat dengan sesuatu yang menjauhkan enti daripada Allah?
Boleh ana tahu? Kerana ana terasa sesuatu...”

Rahimah terasakan bagai ada batu besar menimpa kepalanya. Dia melarikan pandangannya, menatap sejadah. Air mata mengalir deras.

“Jangan tanya ana soalan macam ni Huda. Ana segan” Rahimah mengesat air matanya.

“Ana tak minta enti mencela diri di depan ana.” Huda mukanya tetap tegas tetapi lembut.

“Ana Cuma nak bantu enti get through apa yang sedang terjeruk dalam hati enti tu, dan apa yang menyerabutkan kepala enti tu”, Huda cakap lagi dengan steady. Huda tarik nafas panjang, sangat berat baginya untuk menyampaikan.

Rahimah berkata “Enti tahu sesuatu ke?”

Huda sambung, “Ana tak tahu.. Tapi ana dapat rasa.. Ada la sikit2 jigsaw puzzle yang ana sambung2, macam dah nampak clue”

Huda macam polis yang meng”interrogate” penjenayah. Dia bertanya lagi..
“Masih ada sesuatu ke yang enti masih sukar tinggalkan?”

Rahimah senyap.

“Enti nak selesaikan tak masalah yang bersarang dalam diri enti ni?” Huda bertanya.

“Rahimah, enti masih teringatkan “dia” kan?” Huda mula bertanya soalan cepu mas.

Rahimah senyap. “Erm, mana enti tau ni? Ana tak pernah langsung pun citer kat enti apa2 pasal hal ni..”

Huda senyap. Betullah apa yang dia sangkakan.Bukan Huda ingin su’u dzan pada sahabatnya itu. Tetapi dia rasa kurang selesa dengan beberapa tindak-tanduk sahabatnya itu. Huda menyambung,”Sebenarnya soalan ana tadi sekadar cuba-cuba.”

Rahimah mula merah wajahnya, “Tolong ana Huda..”

Huda berkata, “Ana tak dapat tolong enti. Enti kena tolong diri sendiri.”

Huda sambung lagi…
“Macam ni lah Rahimah perjalanan kita masih jauh.. Kita nak berjalan kepada Allah. Sama macam kita tengah jungle tracking dan bawa beg isi bekalan digalas kat bahu. Kalau beg kita penuh dengan sampah, ia akan memperlahankan kita, dan memenatkan kita, walaupun kita tahu jalan ke destinasi kita.
Walaupun kita faham peta utk menuju ke destinasi kita”

Huda membacakan ayat suci Al Quran.

AlInsyiqaq:6
“Hai manusia, Sesungguhnya kamu Telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, Maka pasti kamu akan menemui-Nya.”

Rahimah tunduk.

“Sebenarnya Rahimah. Orang tu tak layak pun untuk enti sayangi”

Rahimah tunduk semakin tunduk.

“Kasihan ummat ini. Ummat ini perlukan orang-orang yang banyak mengingati tentang nasib ummat ini. Kalau kita sibuk dengan masalah peribadi, sampai bila masalah besar Islam nak selesai?”

Rahimah mula angkat kepalanya.

“Walaupun dari segi fizikal, enti dah tak lagi berkawan dengan orang tu, tapi kenapa nak biarkan dia reside dalam hati enti. Adakah dia itu mendekatkan lagi enti kepada Allah?”

Rahimah terasa pedang menghunus jantungnya. Tapi entah mengapa, kata-kata Huda sentiasa boleh diterima oleh dirinya walaupun Huda sentiasa “laser”. Tapi Rahimah masih ada coping mechanism nya.

“Huda, ni tak adil.. Tak de ke sahabat brothers kita yang ikut tarbiyah dapat approach kawan ana ni. Ana pun mahukan dia mengenal islam,” Rahimah menaruh harapan.

“Rahimah.. Dakwah Islam adalah kepada semua orang. Tiada siapa yang boleh dilabel sebagai orang yang tidak layak dapat hidayah Allah.. ”

“..Tapi….ini bukan masalah ada brothers yang dapat approach kawan enti tu atau tidak, tapi ini masalah enti, mind set enti. Enti telah mendahulukan rasa sayang enti semasa jahiliyah itu, dan mahukan perubahan kepada kawan enti tu, supaya untuk apa? Supaya untuk enti dan dia dapat bersama-sama di dalam “islam” pula?”

“Remember what did Allah said in the Al Quran? In Surah An Nur verse 26, Bad women .are for bad men and bad men are for bad women. Good women are for good men and good men are for good women ” Huda mula membuka ceramah.

“Kenapa enti sibuk nak mempersiapkan dan memperbaikkan orang yang konon2 enti nak jadikan pasangan hidup. Sedangkan Allah suruh kita memperbaikkan diri kita. Diri kita. Dan kemudian, insya-Allah, Allah akan tolong kita dapatkan orang yang sepadan dengan kita.”

” Kerja dakwah kita pula, adalah dakwah untuk semua. Dan bukannya hanya nak mengislahkan orang yang kita mahu jadi pasangan kita”"Doa pada Allah, Rahimah. Andai ada jodoh enti. Allah akan temukan enti dengan seseorang yang lebih baik daripada keadaan begini”Azan daripada laptop Huda berkumandang menandakan waktu Subuh telah masuk.
Rahimah terasa otaknya lebih lapang. Dia memandang Huda. Huda menghulurkan sesuatu kepada Rahimah. Sekeping kad kecil bertulis.Sekiranya kita cinta kepada manusia
Tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada orang yang menyintai mereka yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Kita akan turut menyintai mereka yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku kepadaMu
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling padaMu
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindu syahid dijalanMu..
Amin Ya Rabbal Alamin..This is a poem written by Aminah Qutb dedicated to her husband

Huda, Jazakillah.” Rahimah memeluk Huda seerat-eratnya.
“Cepat, enti kena jadi imam” Rahimah menolakHuda. Dia mendahulukan Huda untuk jd imam solat subuh.

Huda senyum.. Di dalam solat mereka.. Huda membaca.
Surah Az Zumar : 53-56
53. Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
54. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).
55. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang Telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu

sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya,
56. Supaya jangan ada orang yang mengatakan: “Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang Aku Sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah ),

Ya Allah..Aku Di Bawah NaunganMU (part 1)

“Rahimah. erm.. Ana nak tanya something bleh?” Huda yang tadinya khusyuk menatap screen laptopnya, tiba2 mencelah kesunyian malam.”Ape dia?” Rahimah yang tadi sedang sibuk membaca bukunya tersentak.”Hehe. Ana ni, tak de lah kiranya dah lama kenal enti. Kira2 guna jari, less than 2 years that we knew each other kan? Tapi alhamdulillah, Allah perkenalkan kita dalam suasana kita dah faham Islam..” Huda mula membuka kata.”Alhamdulillah, hehe tu lah.. Rasa cam lama dah kenal. Ehe.. Ada2 saje enti ni. Enti punya “antenna” ada detect something wrong ke ngan ana ni?” Rahimah mula cuak2 sikit.”Hehe.. Kata2 orang alim.. Takutlah kamu dgn pandangan orang mukmin, kerana mereka melihat dengan cahaya Allah. Hehe.. Tapi ana ni bukan ler alim sangat” Huda mula loyar buruk seperti biasa.Rahimah tunduk, gurauan Huda sentiasa bagaikan menampar dirinya. Lawak-lawak Huda sentiasa solehah belaka, walau kadang-kadang Huda suka merapu.

“Huda. Cakap je lah ape benda yang enti nak cakap.. Ana tak larat dengan teka-teki enti nih.” Rahimah mula tak sabar nak tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran temannya itu.

“Tak pe lah.. Tak pe lah. Jom2 study. Ana nak sambung buat programming ana ni.. Enti gi lah baca Anatomy ke apo bondo tu..” Huda terus tiba2 buat muka serius dan sambung menatap laptopnya.

“Alaaa.. Huda ni.. Kang ana dah tak leh concentrate belajar. Baik enti cakap.. Tak baik cakap separuh2.” Rahimah semakin tidak sabar.

“Ayaa!! Jangan jadi orang tidak sabar.. Terus bersabar.. Tetapkan bersabar” Huda tersengih sambil bernasyid lagu Sabar oleh Alarm Me.
Rahimah tergelak, dia bingkas bangun dari tempat duduknya dah berjalan ke arah Huda lalu mencubit-cubit pipi kawannya itu. Rahimah gagal mengorek isi minda Huda. Huda, walaupun nampak seperti orang yang peramah dan mudah bercerita, namun tetapi dia adalah sangat misteri dan penuh berteka-teki orangnya.
Kadang-kadang, sehinggakan apabila Huda sekadar bertanya soalan2 biasa, Rahimah mengambil masa yang lambat untuk menjawab, takut2 kalau ada “trick” di sebalik pertanyaan2 kawannya itu.

“Huda, ana nak tido dulu Kang pukul 3.00 pagi kejut ana. Enti jangan teruja pulak tengok ana tertidur.. Enti teruskan study tau.” kata Rahimah..

“Enti ni pulak, tak teruja ke tengok ana study dengan tekun nih?” Huda perli lagi.

Rahimah dah malas nak layan, dia sengih sahaja dan berjalan ke arah katilnya.

“Ingat tau, kejut pukul 3.00 pagi.” Rahimah pesan lagi.

Huda angguk kepala, dan terus khusyuk menatap screen laptopnya, tangannya terus laju menaip code programmingnya. Rahimah semakin lentok, akhirnya lenyap dibuai mimpi.

Huda memang banyak perkara nak disampaikan kepada temannya itu. Tapi, Huda sangat2 takut andai pertanyaannya terlalu berat untuk diterima oleh sahabatnya itu. Huda dan Rahimah sama2 mempunyai latar belakang yang agak sama, latar belakang yang konon2nya “Islamik”, tetapi sebenarnya sudah lama mereka tertipu dengan kehidupan yang sekular. Islam dan kehidupan dipisahkan. Solat, puasa dan ibadah2 dan syari’at2 yang khusus konon-konon sudah cukup untuk melabel remaja seperti mereka sebagai “orang baik”. Lalu, tertipulah mereka dengan title tersebut.

Segala puji bagi Allah, taufiq dan hidayah Allah amat luas. Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dia kehendaki, dan menarik petunjukNya daripada sesiapa yang Dia kehendaki.

Peluang untuk belajar di luar negara, menjadi muntalaq (langkah bermula) kepada Huda dan Rahimah untuk mengenal deen Islam dengan lebih syumul, dan memahami Al Quran sepertimana ia diturunkan, dan cuba mengikut jejak langkah profesion Muhammad SAW.

Di bumi asing itulah, kedua-dua teman baik itu mendapat hujan emas. Malah lebih baik daripada hujan emas. Mereka mendapat hidayah Allah. Ya, benar. Hidayatullah. Itulah sebenarnya yang didambakan oleh semua insan, kalaulah mereka mengerti betapa manisnya berada dalam nikmat iman dan islam.

Setiap detik langkah kehidupan adalah tarbiyah. Huda berpeluang ke bumi asing ini lebih awal daripada Rahimah. Syukur ke hadrat Allah dan terima kasih kepada tangan orang-orang yang soleh dan musleh, yang telah mentarbiyah diri Huda. Daripada seorang yang berfikiran complicated dan berperwatakan keras, Huda sepertimana namanya, dikurniakan petunjuk Allah. Daripada seorang yang hanya memikirkan dunia, yang hanya memikirkan kepentingan dirinya, Huda merasakan lebih manis hidup di bawah naungan Al Quran.

Huda mengimbau zikraayat dia menghadiri majlis ilmu yang tak disangka-sangka mengubah kehidupan dirinya. Bagaikan MP3 file yang tersimpan rapi di dalam otaknya. Huda mengimbas isi-isi ta’alim.

Hidup di bawah naungan Al Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja.
-Syed Qutb

Hidup di bawah naungan Al Quran, sepanjang usia manusia dapat mencapai kenikmatan meluhur, memberkati dan membersihkan kehidupannya.

Diri manusia mustahil untuk hidup dalam lingkungan suasana atau keadaan yang sama sahaja. Lumrah hidup manusia, peringkat2 dalam kehidupannya pasti menghadapi pengalaman yang berbeza. Mungkin di waktu muda dia kaya, kemudian menjadi miskin. Mungkin pada suatu kala, dia cantik, kemudian berubah menjadi tua mengerekot dan tidak cantik lagi. Tapi, andainya hidup manusia itu pada setiap masanya di bawah naungan Al Quran, dia akan merasakan hidup yang luhur, kerana hanya terdapat SATU garis panduan kehidupannya, justeru merasakan setiap detik hidupnya terasa barakahnya. Dia akan rasa tenang, kerana menghadapi hari-hari hidupnya dalam suasana yang bersih, jiwa dan tubuhnya.

Huda yang tadinya sibuk menatap laptop, kali ini laptopnya pula menatapnya. Fikiran Huda terus melayang. Mengimbas saat-saat dahulu, apabila dia bersama teman seperjuangan yang lain menadah dan disuap dengan ilmu merapatkan diri dengan Allah.

Huda dahulunya jarang merasa ‘izzah menjadi seorang Muslim. Kalau di negara Barat tempat dia belajar ini, sering kali dia terikut-ikut cara Orang Barat. Jarang kali dia terasa bahawa dirinya telah diberi penghormatan oleh Allah Azzawajalla kerana telah terpilih untuk jadi orang yang beriman. Huda teringat lagi isi-isi majlis ilmu yang pernah dihadiri olehnya dahulu…

“Hidup di bawah naungan Al Quran, di mana Allah seolah-olah berkata-kata kepada diri hambanya. Bayangkan, itulah suatu penghormatan tidak terhingga bagi seorang manusia yang kerdil.

Seorang pekerja pasti merasa amat gembira apabila bossnya berkomunikasi dengannya, sedangkan dirinya hanya pekerja bawahan. Apatah lagi, sebagai hamba Allah, kalamullah berlegar dalam segenap pelosok kehidupannya, di telinganya, di lidahnya, di hatinya apabila hidup di bawah naungan Al Quran. Itulah sesi chit-chat yang paling bermakna bagi suatu ciptaan dengan penciptanya. Allah bercakap dengan kita!”

Huda menatap Rahimah yang sedang lena diulit mimpi. Rasa kasih dan sayangnya terhadap temannya itu, hanya Allah sahaja yang tahu.
Ingin Huda luahkan segala apa yang dia rasa kepada Rahimah. Tapi takut pula Rahimah rasa “overwhelmed”. Takut andai apa yang dia cuba sampaikan luar kefahaman dan kemampuan perasaan Rahimah. Huda rasa dadanya membuak-buak ingin menghamburkan segala apa yang dia fahami dan alami, alangkah seronoknya bercinta dengan Allah dan Rasul! Alangkah seronoknya hidup di bawah naungan Al Quran. Alangkah seronoknya berjalan mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.

Rahimah masih baru-baru belajar. Tetapi peningkatannya dalam kefahaman Islam sangat cepat. Huda sangat kagum dengan Rahimah, memang Rahimah pelajar cerdik. Di kolej persediaan pun, memang Rahimah terkenal sebagai antara pelajar paling cemerlang. Huda kagum Rahimah mampu meninggalkan jahiliyah luarannya dengan sangat cepat. Tetapi, Huda sangat2 takut, andai dirinya ataupun diri temannya itu tergopoh-gapah, tertipu dengan semangat dan takut andainya tidak istiqamah. Hanya kerana rosaknya langkah pertama.

Teringat kata2 orang alim,
“kelesuan sesudah mujahadah adalah kerana kerosakan langkah pertama”

Rasulullah SAW mengambil masa 13 tahun untuk membina generasi Sahabat yang mantap di Makkah. Huda khuatir andai dirinya “lost” dan tidak dapat mencari “the right balance”. Takut terlalu cepat langkah, tetapi hati dan emosi kecil. Takut terlalu tinggi fikrah, kaki pula lambat bergerak. Takut pula jiwa raga terlalu besar, sampai melembabkan amal.

Huda melihat Rahimah lagi. Huda teringat pula kawan-kawannya yang lain.

“Antunna mesti rasakan, tanggungjawab ini..seolah-olah kalau antunna berhenti di sini, perjalanan dakwah dan tarbiyah di tempat ini, berhenti di sini sahaja” kata-kata mu’allim yang pernah mengajar Huda tersentak, ingin pengsan dirinya. Lalu Huda gelabah sendirian. Nak diikutkan hati, rasa tak mampu. Dengan ilmu yang sedikit, akhlak belum cukup mantap.

Namun, Huda dan teman-teman yang lain terus meneruskan langkah. Walau pincang dan cacat pada awalnya. Walau nampak serong pada mata orang-orang yang memandang remeh usaha mereka.

Islam telah menukar cara pemikiran mereka. Huda terus mengimbau ta’alim, halaqah yang mereka pernah lalui.

“Hidup di bawah naungan Al Quran, memberikan manusia teropong baru dalam melihat dunia pada perspektif yang berbeza. Jahiliyah berkecamuk merosakkan bumi, tetapi manusia terus memuja-muja dan berbangga dengan jahiliyah. Ilmu, pengetahuan dan kefahaman mereka terjerumus kepada kebodohan.

Manusia yang hidup jauh daripada naungan Al Quran, ibarat kanak2 yang merebutkan permainan, sedangkan manusia yang hidup di bawah naungan Al Quran ibarat orang dewasa yang kelakar dan tersentuh melihat kebodohan kanak2 yang sanggup bercakaran demi permainan yang tidak memberi manfaat barangpun sedikit.

Hidup di bawah naungan Al Quran, menganugerahkan seorang insan dengan kefahaman yang tidak ternilai, serta tanggapan yang sempurna, iaitu nikmat kefahaman tentang alam al-wujud, matlamat al-wujud itu dan juga matlamat kehidupan manusia sendiri.

Manusia sedang lalai dengan kefahaman yang sesat dan menyesatkan, di mana2 pelosok dunia Timur, Barat, Utara mahupun Selatan manusia memahami kefahaman yang mereka sendiri tidak memahaminya. Lantaran tubuh mereka merasakan nikmat apa yang mereka fahamkan itu, jiwa mereka meronta terseksa inginkan ketenangan.”

Itulah nikmat ukhuwah kerana Allah, Rasulullah telah wariskan budaya saling memperingatkan kepada kebenaran dan kesabaran sesama orang2 beriman.
Kerana budaya yang kuat inilah, telah melahirkan bi’ah solehah di tempat belajar Rahimah dan Huda. Ramai teman2 yang lain juga mendapat “enlightenment” mereka di sini.

Lama juga Huda mengelamun, akhirnya tengok2 jam dah menunjukkan pukul 3.15 pagi. Huda cepat2 pergi kejutkan Rahimah.

Rahimah menggosok-gosokkan matanya.

“Wah, enti tak tido lagi dari tadi ke?” kata Rahimah.

Huda sengih.

“Rahimah, eleh.. Konon2 tadi kata tak bleh tido sebab memikirkan pernyataan ana tadi. Tido sedap je ana nengok..” Huda menyakat kawannya lagi.

Rahimah sengih. “Hehe. ” Rahimah bingkas bangun utk mengambil wudhu’. Huda dengan nakal meluru masuk ke dalam bilik air terlebih dahulu, memotong Rahimah.

“Eyy.. Huda ni.” Rahimah mengetap giginya.

Huda yang dah masuk bilik air, menjengahkan kepalanya ke luar pintu bilik air, sambil menyanyi “jangan jadi orang tidak sabar”

Rahimah kembali tersengih.

Tekanan...Punca Gejala Keguguran...

Gejala keguguran para pendokong gerakan Islam merupakan satu gejala yang amat merbahaya sekalipun dipandang dari satu proses peningkatan jemaah, merupakan tabi'i yang dapat mematangkan dan membersihkan saff dari anasir yang membantutkan da'wah.Kesan gejala ini, harakah islamiyyah sentiasa dilanda 'fitnah'.

'Dan bahawa(yang diperintahkan) ini, adalah jalanKU yang lurus,maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa'
(Al-an'am:135)

Banyak faktor punca keguguran pada jalan da'wah(almutasaqitun fi tariqudda'wah). Di sini saya ingin bawakan sedikit kupasan dari sudut faktor tekanan.Ianya lebih dilihat sebagai 'external force', tetapi ianya lebih memberikan implikasi yang besar bagi para du'at dan juga gerakan da'wah.Tidak dipandang enteng juga dari sudut faktor individu(tarbiyyah) dan juga gerakan itu sendiri yang membawa kepada gejala yang semakin membarah kini.


Tekanan Ujian

Ujian dalam kehidupan da'wah adalah besar.Ramai yang meninggalkan bidang 'amal islami setelah berhadapan dengan ujian sedangkan dahulunya merekalah kelompok yang cukup bersemangat.Ujianlah yang dapat membezakan pendirian gerakan dan para du'at.Ujian itu datangnya dari pelbagai bentuk samada nikmat mahupun sengsara.Di sinilah ujian Allah berikan, menilai sejauh mana keikhlasan para du'at dalam menegakkan Islam di bumiNya ini.

Allah s.w.t. memperingatkan " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan, 'kami telah beriman' sedang mereka tidak diuji lagi. (al-'ankabut:1-2)

'Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan(baik-buruknya) keadaanmu' ( Muhammad :31)


Sirah telah menceritakan,kisah sahabat yang tercicir,kalah dalam ujian.Pengiktibaran perlu dijadikan panduan agar kita para du'at mampu untuk istiqamah, bersyukur dengan setiap ujianNya..bukan tunduk dan lari daripada menghadapi mehnah walaupun payah.


Tekanan Keluarga

Tidak dinafikan, para du'at lahirnya daripada pelbagai latarbelakang keluarga.Sedikit sekali yang terlepas dari tekanan keluarga samada sebagai anak,isteri mahupun suami.Seringkali keluarga menakut-nakutkan tentang nasib buruk yang akan di alami seperti yang pernah dialami oleh anak-anak para mujahidin,amilin dan du'at pada setiap masa.


Ada keluarga yang menghalang daripada bergiat dalam kerja da'wah.Ada keluarga yang menentang gerakan islam, ada keluarga yang menyokong tapi menghalang ahli keluarganya terlibat malahan ada yang pendokong tetapi turut menghalang ahli keluarganya daripada turut bergiat dalam kerja da'wah.

Kisah yang pelik, ada bapa cuba menghalang anaknya dari bersama da'wah islam dan mengikut jalan yang haq sehingga sanggup untuk memberi galakan kepada anaknya untuk melakukan pekerjaan yang hina dengan tujuan semata-mata untuk menghalang anaknya dari jalan Allah.Ada juga yang menyusahkan anaknya seperti kewangan supaya meninggalkan jalan Allah. Jadikan kisah Mus'ab bin 'Umair sebagai teladan.

Ingatlah amaran Allah s.w.t:
' Katakanlah:'jika bapa-bapa,anak-anak,saudara-saudara,isteri-isteri kaum keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya.'Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.' (al-Taubah:24)


Tekanan Persekitaran

Persekitaran mudah mempengaruhi individu untuk berubah.Tekanan persekitaran penyebab keguguran para du'at di jalan da'wah.Faktor yang menyebabkan individu kalah kpd tekanan persekitaran adalah banyak.

Mungkin asas pembentukannya(takwin) tidak betul.Seperti mempunyai keraguan dan kegoncangan dalam aqidah atau akhlak yang tidak betul.

Mungkin iltizamnya selama ini dengan da'wah adalah kerana malu dengan persekitaran ataupun hanya taqlid,bukan kerana iman dan keyakinan.
Mungkin diri sendiri enggan masuk dalam lengkongan da'wah apabila berada pada tempat yang lain dan lebih suka masuk ke persekitaran jahiliyyah.Ini adalah membahaya yang mungkin menggugurkannya dari jalan da'wah jika tidak perolehi inayah Allah.

Pelbagai kisah golongan yang gugur akibat pengaruh persekitaran.Ada yang suatu ketika dahulu seorang yang lantang bersuara,menaikkan semangat perjuangan..tetapi akhirnya kini menjadi seorang gay..itulah realiti..lihatlah sekeliling kita..kita akan memahami..


Tekanan Gerakan Bahaya

Terlalu banyak gerakan bahaya yang bertopengkan islam kini.Gerakan itu hanya bertujuan untuk mengkritik dan menimbulkan keraguan dengan tujuan untuk menghancurkan harakah Islam atas nama Islam.Pelbagai make-up dan 'brand' Islam diwujudkan, Islam Hadhari,SIS dan pelbagai lagi yang memberi tekanan dan kecelaruan kepada sesetengah individu.


Ramai orang yang meninggalkan kehidupan da'wah kerana kalah berhadapan serangan yang bertujuan meragukan Islam.Sehingga ada yang meninggalkan kerana merasakan jalan da'wah semakin tidak selamat dan memberhayakan.Sungguh banyak 'aqal-'aqal yang baik dirosakkan oleh gejala ini.Api yang menyala dipadamkan dan usaha yang memberi hasil dimusnahkan.Maka..berhati-hatilah..


Tekanan Bermuka-muka

Sikap ingin bermuka-muka dan takabbur faktor keguguran.Ini disebabkan oleh penyakit 'ujub,terpedaya dengan diri sendiri dan ego.Sikap inilah penyebab gugurnya iblis yang merasakan dirinya megah di mana mengatakan:

'Allah berfirman :"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada adam) di waktu Aku menyuruhmu? Menjawab iblis :"Aku lebih baik darinya.Engkau ciptakan aku dari api sedang dia(Adam) Engkau ciptakan dari tanah.' ( al-A'raf :12)

Sungguh ramai yang gugur kerana bermuka-muka.Jika beriman,sudah pasti akan merasa malu dengan diri sendiri dan akan menangis menyedari kedudukan dirinya.

Sesungguhnya jalan da'wah ini bukannya mudah,penuh duri dan berliku.Pohonlah dari Allah s.w.t agar mengurniakan kita keupayaan dan kekuatan untuk berjalan melintasi hari-harinya dengan kebaikan dan keikhlasan, dijauhkan dari penyimpangan dan penyelewengan.Semoga Allah memelihara hati-hati kita untuk istiqamah di jalanNya.

Kesabaran di atas jalan yang jelas sekalipun panjang adalah lebih mulia dari berada di jalan yang mudah tetapi dipenuhi kebatilan dan kepura-puraan.Sesungguhnya orang-orang yang paling mulia di kalangan makhluk Allah adalah para Nabi dan Rasul,namun merekalah orang-orang yang dihadapkan dengan ujian yang paling besar dan getir.Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNYA.


-stefaislle-

Saturday, May 19, 2007

Erti Syukur...Membazir dan Memilih

Pernahkan anda mengalaminya?
Di satu jamuan

'Banyaknya makanan lebih,siapa nak bawa balik makanan ni?', soal seorang sahabat
'Bawa balik kolejla..bagi pada siapa2 yang tak datang..tak pun bagila kat kawan2 kolej lain..sayang nasi ni,'aku mengesyorkan.Kawanku bersetuju
Entah macam mana,nasi itu di 'pass' kan pada kawanku yang lain,akhirnya nasi itu tiba di bilikku..Aku melihat,terasa ingin menghabiskan semuanya..ayam masak merah dengan sayur goreng..tapi dah lewat pagi..perutku dah betul2 kenyang.Kawanku turut tak merasainya kerana kepenatan,terus tidur.Akhirnya nasi itu hanya terbiar di situ sahaja.
Keesokannya ingin ku buang,tapi sayang.Ku cuba makan lauknya..kawanku menegur..'Elok lagi ke ayam tu?'..aku hanya memandang.Terus kubiarkan,bimbang memberi masalah kepada perutku.Entah mengapa ku rasa amat 'sayang' untuk membuangnya.Tapi aku terpaksa membuangnya,beberapa bungkus nasi yang telah dibazirkan.Memakan duit rm 10++.
Sayu hatiku nasi itu kubuang begitu sahaja.Ku terbayang saudara di palestin,afghanistan,lubnan yang sebiji nasi sukar untuk ditemui.Ya Allah,kalau aku ada kuasa ajaib,inginku terbang ke sana menghulurkan nasi ini..pasti mereka gembira.
Sedarkah kita di malaysia..semakin tidak bersyukur??..

Di rumah sewa

'Em,sedapnya lauk yang dimasak hari ini,' aku menjengah di dapur.Melihat makanan yang disediakan oleh housemate.Alhamdulillah,ada rezeki yang baik untukku hari ini.Hari sudah lewat malam,aku kepenatan.Terus terlena.
Aku ke dapur,giliranku memasak untuk sarapan pagi.Aku lihat lauk semalam yang ku makan masik di situ.Banyak lagi bakinya,boleh dimakan untuk 2 orang,ku kira.Tapi sayangnya, lauk itu sudah basi.Begitulah ku perhatikan baki makanan di rumahku kebiasaannya.'Kenapa tidak disimpan dalam peti ais,boleh dipanaskan semula untuk di makan,'monologku sendiri.Rasa kesal.Mungkin silapku terlupa untuk menyimpannya kerana kepenatan,ku memujuk diri..Hakikatnya aku sedar,tak ramai yang akan makan masakan yang tidak habis dan dipanaskan semula.Kerana itu makanan yang tidak habis dimakan hanya dibiarkan basi dan terus dibuang.Adakah anda begitu??..Bersyukurkah kita?

Di sebuah kafeteria

Selesai kuliah,perut mula berkeroncong.
'Ira,kak ima jom makan sama-sama,'ajakku.Kita makan di kafe fac sains ye..saran ira.Kami bersetuju.Sudah membeli makanan,masa untuk makanla.Alhamdulillah ada rezeki lagi hari ini.'Boringla, lauk semakin lama tak banyak pilihan,tak ada yang menarik,'ngomel kak ima.'A'ah,betulla kak,asyik lauk sama je..bosan gak.Tapi makan jela..dah lama,'Ira menyokong.Aku hanya tersenyum.Tak tahu nak komen apa.Dalam hatiku timbul rasa hairan.Ku kira lebih 20 jenis lauk yang disediakan dengan pelbagai jenis masakan ayam,daging,telur,ikan dan sayur.Pilihan yang macam mana lagi yang perlu ada.Bersyukurlah dengan rezeki yang ada.Makanlah dengan niat ibadah.Bukan kerana nak hiburkan nafsu.Inilah sindrom memilih..Ciptalah resepi sendiri untuk rasa kelainan yang diingini..Memilihkah anda?


`Banyaknya Pilihan`

Di sekelilingku


Keluargaku

'Kita tidak baik membazir makanan',ujar ibuku.Alhamdulillah didikan diberi,aku sekeluarga belajar tidak membazir.Ayah memang tidak cerewet dalam bab makanan.Di rumahku,sudah menjadi kebiasaan selagi makanan itu tidak habis,selagi itu makanan itu akan disimpan dalam peti ais.Dan akan dipanaskan untuk di makan.Sebelum tidur,emak akan ingatkanku simpan lauk masakan dalam peti ais.Kadang-kadang,aku baru tiba di rumah,cuti semester..aku akan menuju ke peti ais dahulu..mencari lauk masakan yang masih berbaki untukku panaskan untuk di makan.Itulah kehidupan keluargaku.Ayah makan apa sahaja, samada lauk dipanaskan atau baru dimasak..
'Kita jangan sombong dengan makanan.Semuanya rezeki Allah.Ada keluarga,lauk yang tengahari,kadang-kadang untuk makan malam sudah tidak di makan lagi.Apatah lagi untuk dimakan pada keesokan hari,ujar ibuku lagi.Betul,aku mengiyakannya.Ramai yang sebegitu.Apa peranan peti ais jika bukan untuk menyimpan makanan agar tidak mudah rosak.Alhamdulillah tarbiyah dari ibu bapa,membuatkan aku dan adik beradikku menghargai rezeki Allah.Tidak susahkan untuk mengamalkannya..Gunakan sebaiknya peti ais anda..untuk menghargai rezeki Allah s.w.t.

Cerita Sahabat

'Tahu tak,zaman sahabat..ada mengatakan najis mereka seperti najis unta,' seorang sahabatku memulakan cerita.Aku memandangnya kepelikan.Cerita apa ini.
'Tak tahu,kenapa?,'tanya juniorku kepadanya.Aku turut menanti jawapannya.
'Zaman Rasulullah s.a.w,zaman sahabat..ada sebuah kisah..seorang sahabat terjumpa dengan secebis kulit binatang, dia mengambilnya lalu dibasuh untuk dimakan.Begitulah makanan sahabat di zaman Rasulullah s.a.w.Sebab itu ana berkata sebegitu tadi kerana makanan unta dan para sahabat dahulu tidak banyak beza,' ulas sahabatku.
Astaghfirullah..aku beristighrfar..Ku bandingkan makanan kita kini..Tapi kita banyak memilih dan membazir.Sanggupkah kita makan kulit binatang sebegitu.Rasulullah s.a.w. mengikat perut baginda dengan batu untuk menahan lapar.Tetapi perjuangan baginda dan para sahabat cukup hebat..terlalu jauh dibandingkan mujahid dan mujahidah islam kini.
Ku sedar,kerana kenikmatan makanan juga turut memberi kesan buruk kepada diri kita.Kerana itu Rasulullah s.a.w. berpesan 'Makan ketika lapar,berhenti sebelum kenyang'.

Kehilangan dompet

Aku mencari dompetku untuk makan tengahari,tiada..Aku kepelikan.Tertinggal di bilik ke?..Baru ku sedar dompetku hilang.Tak tahu samada dicuri atau tercicir.Kali terakhir ku gunakannya semasa di library.Kehilangan dompet benar-benar menguji.Tiada duit langsung.Untuk menghilangkan rasa lapar,ku gunakan duit syilingku yang masih ada sehinggalah duitku habis.Sungguh aku teramat lapar kerana sudah menjadi kebiasaanku aku tidak boleh tidak makan nasi dalam satu hari.Aku akan sakit kepala dan tak dapat fokus kerja..Sungguh ujian ini menguji..Ketika itu terbit keinsafan dalam diriku..
'Ya Allah..beginilah yang dirasai oleh saudaraku di palestin,umat islam yang ditindas..kelaparan dan kesempitan', sungguh kelaparan itu sangat menyeksakan..Ku sedar betapa besarnya nikmat makanan yang Allah kurniakan selama ini..belajarlah erti bersyukur..


`Ingatkah kita kepada mereka?`

Makanlah kerana Ibadat

Sesungguhnya tiap rezeki yang Allah kurniakan, lafazkanlah dengan pujian Alhamdulillah.Terimalah setiap nikmatnya dengan redha walau sedikit ataupun banyak.Janganlah membazir mahupun memilih.Makanlah setiap nikmatnya kerana ibadat.Itulah syarat pahala yang dikurniakanNYA...Manfaatkan nikmat rasa dan kesihatan yang dikurniakan oelh Allah sebaiknya..Pernahkah anda sakit? Pernahkah merasai betapa seksanya kesakitan, dan rasa kelaparan kerana hilangnya deria rasa dan tubuh tidak dapat menerima makanan lagi..

'Pandanglah ke bawah,kerana itu kita akan lebih menghargai'.Ingatlah setiap kali menatap rezeki Allah,fikirkan tentang nasib umat islam yang lain..yang ditindas oleh Israel laknatullah..pasti kita akan lebih bersyukur.Belajarlah untuk meredhai nikmat yang ada di hadapan kita..Elakkan pembaziran..Amalkan sunnah Rasulullah s.a.w..ikutlah cara nabi makan dan adab-adabnya.

..Jadikan diri kita hamba yang bersyukur..


Saturday, May 05, 2007

Hatiku Terpaut pada Sebuah Tautan Hati

Helai demi helai kuselak,babak demi babak ku baca..sungguh menyentuh hatiku..tiba-tiba air mataku menitik..sebak dan sayu.Pelik..kawanku memandang keliru kenapa aku menangis hanya kerana sebuah novel..sedih sangat ke cerita itu? Aku pun tidak pasti.. Namun aku menjadi semakin sebak melihat usaha tarbiyyah dan da'wah oleh seorang muslimah bukan mudah.Asiah Yusro,walaupun hanya watak dalam sebuah cerita..tapi wataknya cukup memberi kesan kepada diriku..bersama sahabat baiknya Eleya Khadija membuatku merenung diriku.Sungguh ku rasakan diriku cukup hina,tidak berguna kepada sahabat-sahabat,masyarakat dan mad'u di sekelilingku. Aku menangis bukan kerana sebuah kematian,aku menangis bukan kerana sebuah kekecewaan..tapi aku menangis kerana sebuah keinsafan dan kekesalan terbit dari nuraniku..betapa selama ini aku lemah untuk meneruskan usaha da'wah..da'wah fardiyyah.Ku membilang berapa ramai adik usrahku berjaya aku tarbiyyahkan sehingga mengenal apa itu jemaah,sehingga berintima' bersama jemaah islam.Ku menghitung berapa ramai kawan-kawan,mad'u di sekelilingku berjaya ku ubah ke arah yang lebih baik walaupun sedikit.Ku menilai diriku, layakkah aku bergelar da'ie? Apa yang ku nampak, keegoan diriku yang terkesima dalam dunia sendiri,merasakan cukuplah hanya aku yang mengenali keindahan islam..sembunyikan dalam tangan sendiri anugerah dan hidayah yang ALLAH kurniakan pada diriku..Memang benar,da'wah bukan mudah.Bibir mudah menuturkan,tetapi tindakan sukar dilaksanakan.Semuanya adalah datangnya dari kekuatan IMAN.


Selama ini aku banyak mengeluh kesukaran menarik mad'u untuk bersamaku dalam satu halaqah usrah.Setiap kali diajak,pelbagai sebab dan halangan daripada adik usrahku.Kadang-kadang sedih menimpa,namun ku cuba kuatkan,memikirkan inisiatif lain untuk menarik mereka bersamaku.Namun akhirnya aku tetap tersungkur lemah,mengapa aku masih gagal?Tautan Cinta memberikan aku satu inspirasi,semangat untuk tidak mudah menyerah kalah..Sedangkan Nabi Nuh berda'wah selama beratus tahun,tapi hanya segelintir yang beriman..Apalah sangat dengan diriku hanya boleh dihitung jari tempoh ku berusaha untuk da'wah.. Ku jatuh cinta kepada sebuah Tautan Hati..Ceritanya padat dengan membawa mesej kesedaran buat muslimah,sayap kiri perjuangan Islam.Memberi kekuatan dan kesedaran tentang peranan muslimah dalam da'wah dan teruskan untuk berda'wah..sarat dengan tazkirah sebagai makanan rohani..mempamerkan seorang muslimah dan mujahidah yang sempurna dalam amalan fadhiyyah,pembentukan akhlak dan syakhsiah yang sempurna serta menonjolkan ciri-ciri yang sempurna sebagai seorang da'ie sesuai dengan keperibadian muslimah.Cinta dan perasaan ingin disayangi adalah fitrah penciptaan,novel ini mengajar,memberi garis panduan yang betul dalam membina sebuah hubungan dengan memelihara pergaulan berdasarkan syara'.

Terima kasih buat Ukht Fatimah Syarha di atas usaha da'wah ini dengan sebuah novel 'Tautan Hati', cukup memberikan manfaat buat muslimah da'wah.Ku terbayang,mungkin Asiah Yusro adalah cerminan diri,pantulan dari diri Fatimah Syarha.Semoga Allah merahmatimu.
Kadang-kadang sahabatku sinis melihat novel sebegini,mungkin jelek menganggap novel islamik hanya memaparkan kisah cinta 'enta-enti'.Entahlah,lain orang,lain pemikirannya.Tetapi aku berasa cukup puas memiliki 'Tautan Hati' kerana ianya memberi sejuta manfaat buat diriku.Pembentukan diri,pengajaran islam disampaikan dalam bentuk novel cukup indah. Syukran ya ukht Atiqah,menemaniku ke KL Book Fair,PWTC..Syukran ya ALLAH kerana rezekiMU dan iradahMU dapat ku memiliki ilmuMU walaupun sedikit.

Ya Allah istiqamahkan aku di jalan da'wah ini,berikanlah aku kekuatan..tabahkan diriku menghadapi mehnahMu..hanya yang ku impikan adalah keredhaanMU bukan selainnya..amin..


p/s: Jangan lupa membaca 'Tautan Hati' sahabatku
`Dambakan Cinta Ilahi`